26 March 2016

SimCity BuildIt: Satu Pendapat

1. EA Sports jarang mengeluarkan product yang menghampakan. Ada yang menghampakan, tapi still fun. Kali ni kita cerita pasal Sim. Sim bukan Sam (Bunkface). Okaylaa tak kelakar. 

2. SimCity BuildIt. Game ni mungkin tak sefamous CoC, Plant vs Zombie atau pun Angry Bird. Tapi game ni sangat menarik pada pandangan aku. Ia tak sama macam simulation real life game Sim yang lain. Apa yang menarik, konsep game ni kita ditarik untuk mengenal perancangan bandar.




Ni intro untuk latest version. Sebelum ni intro dia lain. Lawa jugak.


3. Bagi mereka yang pernah main Paradise Island, game Sim ni jauh meniggalkan game Paradise Island dari segala segi. Meh kita tengok sikit.




PENGENALAN

4. Anda seorang Datuk Bandar, lokasi antara pantai dan gunung, takda sumber asli. Duit common anda adalah Simoleon. Emas anda ialah Golden Key. Federal Reserve anda ialah SimCash.

5. As a government, service/perkhidmatan ataupun kemudahan asas adalah apa yang perlu disediakan oleh kerajaan merangkumi seluruh rakyat. Setiap kemudahan ni pulak seperti biasa akan melibatkan Supply & Demand, yang mana membawa kepada Inflasi & Deflasi.

- Electricity
- Air
- Saliran
- Pengurusan pepejal
- Bomba
- Keselamatan
- Kesihatan
- Good governance

6. Kalau kita tengok, semua dia atas ni adalah simplified version dari real life governance. Di Malaysia contohnya:

- Kita guna arang batu, gas dan hydraulic yang utama (as far as i know), dan banyak company yang ada power plant macam Malakoff, TNB. Di Mesir (yang kerap blackout dulu) utamanya oil. Dan masa banyak kali putus tu sebab diorang takda duit nak bayar dan beberapa negara teluk tolong supply minyak guna kapal kargo; antaranya Qatar. Zaman itu jugalah banyaknya kemasukan bank QNB kat Mesir. (dulu aku rajin beli surat khabar Daily News).
- Air banyak syarikat konsesi. Dan yang paling politik, Selangor la dulu. Syabas, Puncak Niaga, Abbas, Splash, panjang cerita air Selangor ni sebab ada pemilikan negeri dan federal.
- Saliran pembetungan kita ada indah water. Setahun dalam RM 50 bil dia. Siapa cakap buang air kat rumah free. Semua kena maintain okay.
- Kat Malaysia kita ada jugak kat sini.
- Dan lain-lain macam Bomba, polis, kesihatan. Semua ni ada dalam ucapan dasar dalam bajet negara.


Kalau takda perkhidmatan asas, rakyat marah.

Ni supply dan demand. Boleh nak jimat beli basic water tower, tapi supply sikit.
Water Pumping Station supply besar, tapi mahal. 

Dia ajar jugak coverage. Maksudnya jarak jangkauan (accessibility).

Paling penting pendidikan. Sebab bila kita nak upgrade ke benda lain, pendidikan perlu ada.

Kualiti bangunan jugak berkait dengan pendidikan. Bila kau ada University dalam town kau, bangunan kau lagi lawa.

Dagangan.
 7. Game ni mengajar kita berniaga. Kadang-kadang kita perlu duit, tapi takda orang pun beli dagangan export kita :(. Cedih tau.

Kita jugak boleh import.
 8. Import ni agak stress kalau kau main time hari cuti server penuh dengan orang. Berebut barang. Kalau main hari isnin, smooth je. Hari kerja kan.


Airport ni untuk mendapatkan barang berharga.
9. To be rich is to produce. Dalam game ni kau kena sentiasa produce. Untuk menjadi kaya. Untuk development.

Kilang-kilang.

KESIMPULAN
Grafik : 5 bintang.
Time flow : 4 bintang.
Level ketagihan : 3 bintang


Sangat recommended.


No comments:

Post a Comment

author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.