From Cairo With Love Blog, sharing moments. Design, sharing tutorial sekadar apa yang tahu. Photography, Video, Travel, berkongsi kenangan dan pengalaman di bumi Tuhan.

Showing posts with label Rafi Design. Show all posts
Showing posts with label Rafi Design. Show all posts


Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan laser pada 12/11/2016. Dalam laser based eye treatment, ada 3 generasi; pertama PRK, kedua LASIK (blade-microkeratome & bladeless-femtosecond laser), ketiga SMILE. The one that I did was the bladeless LASIK with Dr Yehia Salah at his own German Egyptian Eye Care Maadi. So apa beza bladeless dengan blade, blade pakai alat memotong nama dia microkeratome untuk potong lapisan cornea tu. As for bladeless, flap anda di carve oleh femtosecond laser. Untuk blade, aku tak tau. Tapi untuk bladeless, Alhamdulillah no pain during the surgery, blurry for the first 4hours - day 1, pain & discomfort (lebih kepada rasa macam mata masuk habuk) untuk first 6hours - day 1 if any.

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 3 minggu. Kondisi okay.

Rasa syukur dah buat, rasa macam diberi peluang kedua. Sebelum ni selalu je pakai contact lens, tapi bila pakai lens, ada timing berapa lama boleh pakai according to lens thickness biasanya 8-12 jam lebih dari tu, kita akan rasa pressure atau kering, even pakai eye drops. So bila dah buat lasik, tak payah nak hand wash before pakai, masa bukak, bersihkan lens.

Sebenarnya tak terfikir pun nak buat pada awalnya, then rasa macam 50/50 nak buat okay tak buat pun okay, tapi tak berusaha nak buat pun. Dulu masa awal2, takut mak tak bagi. Tapi masa balik Malaysia haritu, cakap nak buat lasik and ceritala kita dah belajar semua, Dr sini & bidang ophthal sini hebat, mak pun okay. Abah okay je. Sekarang ni mak pulak yang cerita lasik kat orang lain 😅. Tapi, akhirnya dah buat. What is meant for you will reach you no matter how, InsyaAllah.

Okay, itu sahaja sekian, terima kasih.

Poster asal kat Malaysia. Kena buat baru. 












Tips:
1) Flare download google.
2) Background awan.
Yang lain tu takda apa pun saya nak isi blog.
Assalamualaikum.. Biasa kita dengar kalau nak mintak kerja kena hantar CV, Resume. Kan?
Baru kita pikir, macam mana nak buat resume, apa nak letak dalam resume, nak buat resume pakai apa?

Semua kita pikir sampai overthink kadang-kadang.

Okay ni ada buat satu resume, nak apply dengan Neelofa. Dia ada post iklan haritu. Tak expect apa pun, cuba nasib je.

Tips buat resume:
1) Minimize words. 
2) Susun layout nak berapa kolum dan macam mana.
3) Guna Photoshop kalau boleh. kalau tak pun, words pun okay je cuma susun elok-elok.
4) Gunakan warna yang menarik dan tak terlalu striking. Ada warna kita suka tapi tak majoriti orang suka kan.
5) Tenang. Jangan gopoh nak buat resume.. Dah siap, kita berharap.





Apply Apply!




25/10/2014.

Qatar Airways KLIA - Cairo. Balik kedua summer. Tahun dimana membawa azam pada hari pertama tahun baru kalendar Islam, nak naik tahun. Nak yang baik-baik je.

15/9/15.

Qatar Airways Cairo - KLIA. Balik kedua summer. Tengah makan burger McD (sorry siapa yang boikot. Jarang gile pun makan burger McD setahun tak sampai 3 kali) sambil tunggu bas nak boarding. Minggu depannya dah raya haji.

Whatsapp masuk. 'Salam Rafi, ada di mana, bz ka, exam haritu camna?'  Encik Khairi pegawai JPA luar negara.

......'saya nak ingatkan dalam worst case scenario'............

Dan senario dalam flight tu pun sama macam titik-titik kat atas ni.

25/10/2015.

Alhamdulillah dah setahun dah. Setahun tahun Hijrah dan setahun tahun Masihi. Moga dipermudahkan tahun ni untuk segalanya dimurahkan rezeki yang halal dan sentiasa cukup amin. Dan terima kasih buat semua yang mendoakan yang menjadikan saya pada hari ini.


Doakan kami pass semua exam naik tahun. Minta halal segala.

Rasanya masih tak terlambat nak ucap kan.. Raya sini tahun ni, sobs. Balik awal August insyaAllah. Doakan lulus naik tahun ya.






Tutorial Design:
1) Mengambil inspirasi dari Flat & Minimalist design, poster ni berlatar belakangkan solid colour.
2) Setelah siap, saya menyedari bahawa template warna yang saya try and error ni tak cukup cantik, jadi nasihat, boleh search template warna untuk flat design seperti di Adobe Kuler dan sebagainya.
3) Untuk tengah, saya mula dengan satu bulatan (Shape 1), kemudian bulatan tadi (Shape 1) saya copy Ctrl + J menjadikan bulatan yang dah dicopy dengan nama (Shape 1 copy).
4) Kemudian saya Ctrl+T dan resize menggunakan percentage di tab atas.




5) Untuk (Shape 1 copy), saya besar kan jadi 120% untuk height & weight.
6) Kemudian, bawa naik (Shape 1) di atas (Shape 1 copy) pada tab LAYER.
7) Right-click pada layer (Shape 1) dan click 'Rasterize Layer'. Macam tu jugak untuk (Shape 1 copy).
8) Select WAND TOOL, select balik (Shape 1) tadi, bila dah keluar garis putus-putus, pilih layer (Shape 1 copy) dan tekan DELETE.
9) Tutup layer (Shape 1) dan anda akan dapat bulatan lompong. Right-click pada layer (Shape 1 copy) klik 'Convert to Smart Object. Tujuannya supaya bila kita kecikkan kemudian besarkan semula tak hilang pixel.
10) Bulatan, line, bar yang lain-lain pun lebih kurang jugak teknik dia. Harap membantu!


Tutorial Design:
1) Tulisan tu, kita guna warna putih, cuma fill kita kurangkan, supaya lebih smooth & soft.
2) Background, something yang grudge-y.
3) Gambar Encik Zikril, kita guna adjustment, lepas tu clippng mask pada gambar, supaya tak mengganggu poster. Terima kasih atas jasa anda selama ni Encik Zikril!




Tutorial Design:
1) Guna element haritu untuk base bawah adjust sikit.
2) Clock tower tu adalah Kasr El Ainy, gambar dalam tu kita create clipping mask.
3) Double-double triangle banyak-banyak lepas tu susun.
4) Yang atas, boleh search vintage badge/insignia. Selamat berkarya!


Tutorial Design:
1) Hmm. Meme boleh di download, poster ni. Lepas tu warna kita guna 3 colour. Hmm mungkin poster ni tak membantu sorry. Font Intro Inline.



Tutorial Design:
1) Background tu guna gambar awan, cuma mode tu kita multiply kan. Atau overlay. Try mana yang okay.
2) Yang lain-lain hanya permainan box & font. Say Peace!



Tutorial Design:
1) Background guna brush splitter, disamping element yang disebut dalam entri Poster Tahniah.
2)  Untuk bulat, guna shape tool, pilih Ellipse Tool. Tekan Shift + Drag untuk menghasilkan bulat yang nampak cantik.
3) Adjust opacity, dan boleh bagi stoke untuk option lebih jelas. Hope it helps.


Tutorial Design:
1) Ada unsur Flat Design. Icon tu boleh download je sebenarnya.
2) Yang lain cuma font dan warna, selamat berkarya!

Tutorial Design:
1) Inspired from a poster made by England FA untuk satu matchday.
2) Buat satu rectangle shape, rotate sikit, lepas tu bagi shadow.


Tutorial Design:
1) Transverse line tu, click pada shape tool, pilih rectangle tool. Buat agak-agak lebar. Warnakan dengan warna putih.
2) Rotate dalam beberapa darjah ke kiri atau ke kanan.
3) Adjust opacity jadi 15%. Untuk lebih lagi, boleh beri layer effect dengan klik dua kali pada layer rectangle tadi, tick box GRADIENT OVERLAY, adjust gradient editor. Happy designing!




Tutorial Poster:
1) Poster ni ada element futuristik, yang pada waktu itu suatu benda yang baru.
2) Dan element tersebut sebenarnya dibeli di http://graphicriver.net/ dengan harga 10 USD dengan tujuan untuk belajar abstrak tiga segi tersebut. Hampanya, element yang diberi setelah dibeli datang dalam bentuk yang telah di rasterized.
3) Namun, ia boleh dibuat, dengan buat banyak triangle, setiap triangle berbeza opacity.
4) Untuk tint background, buat satu layer shape besar, warnakan putih, adjust pada fill atau opacity.

Shape triangle tu boleh jugak kita ganti dengan bulat. 




Tutorial Design:
1) Background download google, abstract triangle.
2) Create new layer, paint dengan solid colour.
3) Bawa masuk abstract triangle yang di download tadi.
4) Mode untuk gambar triangle tu tukar kan, jadi luminosity. OPACITY tukar kan, adjust sehingga nampak tenang.
5) Sekadar skil amatur, youtube untuk lebih info!

6) Untuk lebih kemas, suka untuk saya gunakan satu family font berlainan spesies. Seperti font Gotham, Josefin, Lato. Bergantung kepada citarasa masing-masing.
Assalamualaikum, alhamdulillah semester 1 dah habis. Tengah exam week. Syukur tahun ni dapat attend kelas lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Study guys!

Kagum dengan si Dira Design tak hilang lagi. Dia tahun 2 dah buat buku, study power agama power. Power power.

Banyak gambar dalam blog ni takda, sebab picasa punya album dah delete haritu, sebab nak bagi ruang dekat phone. Sebab masa tu tak bawa kamera, jadinya phone kena ada ruang yang besar untuk tangkap gambar. So thanks to Baim, tolong bawakkan kamera dari Malaysia.






Tutorial background:
1) Download gambar dari Google, masukkan keyword abstract triangle.
2) Pada tab LAYER, pilih layer gambar tadi, tukar mode NORMAL kepada LUMINOSITY.
3) Pilih PAINT TOOL, warnakan sahaja layer tersebut dengan warna yang anda mahu. Harap membantu.
author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.