14 April 2017

Kazlak

Kazlak, The Courtyard Maadi.


Alhamdulillah, atas segala kurniaanNya. Semalam pergi makan Kazlak, dekat The Courtyard Maadi. Courtyard ni cara nak pergi dia naik Metro (Maadi), then naik teksi/Careem/Uber cakap Syarie Palestine, biasa dalam 15LE teksi fixed price, Careem/Uber biasanya murah segenih dua kalau tak jam, kalau jam boleh jadi sampai 30LE.

Mahal sebenarnya tempat ni. Tapi, sejak dua menjak ni nak aktif balik tangkap gambar, interior. Rasa rugi tak tangkap gambar tempat best-best. Walaupun kena tebalkan muka tangkap gambar dengan macam-macam gaya.

Semalam order Rib Eye Steak. 170 LE tak masuk tax VAT 13%. Best la, sedap dan tebal gila 350gram paling tebal setakat ni berbanding mana-mana kedai lain dengan harga yang lebih kurang sama. Kuah dia biasa je. Kazlak ni ada promo 1kg daging 400LE. Tak pernah try lagi tapi korang boleh la nak datang share dua tiga orang ke kan.

Service dia sangat best la, ni antara tempat paling upscale aku pernah pergi. Sapa punya orner la ni memang kaya betul. Kalau kedai dia pun dah macam ni punya cantik kau bayangkan la rumah dia macam mana.

Appetizer.. Share 4 orang.




Yang ni tangkap pakai phone.

Add caption

No comments:

Post a Comment

author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.