From Cairo With Love Blog, sharing moments. Design, sharing tutorial sekadar apa yang tahu. Photography, Video, Travel, berkongsi kenangan dan pengalaman di bumi Tuhan.

Kazlak, The Courtyard Maadi.


Alhamdulillah, atas segala kurniaanNya. Semalam pergi makan Kazlak, dekat The Courtyard Maadi. Courtyard ni cara nak pergi dia naik Metro (Maadi), then naik teksi/Careem/Uber cakap Syarie Palestine, biasa dalam 15LE teksi fixed price, Careem/Uber biasanya murah segenih dua kalau tak jam, kalau jam boleh jadi sampai 30LE.

Mahal sebenarnya tempat ni. Tapi, sejak dua menjak ni nak aktif balik tangkap gambar, interior. Rasa rugi tak tangkap gambar tempat best-best. Walaupun kena tebalkan muka tangkap gambar dengan macam-macam gaya.

Semalam order Rib Eye Steak. 170 LE tak masuk tax VAT 13%. Best la, sedap dan tebal gila 350gram paling tebal setakat ni berbanding mana-mana kedai lain dengan harga yang lebih kurang sama. Kuah dia biasa je. Kazlak ni ada promo 1kg daging 400LE. Tak pernah try lagi tapi korang boleh la nak datang share dua tiga orang ke kan.

Service dia sangat best la, ni antara tempat paling upscale aku pernah pergi. Sapa punya orner la ni memang kaya betul. Kalau kedai dia pun dah macam ni punya cantik kau bayangkan la rumah dia macam mana.

Appetizer.. Share 4 orang.




Yang ni tangkap pakai phone.

Add caption



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sushi Mesir sangat sedap sebenarnya. Tapi tak pelik pun, sebab Mesir ni beberapa tahun yang lepas Tourism adalah salah satu niche area dorang, jadi perlu lah ada tempat makan yang upscale untuk pelancong punya experience & nightlife, disamping faktor lokasinya yang dekat dengan Europe menyebabkan banyak fusion. Kau nak makan apa insyaAllah semua ada kat Mesir. Dari yang mahal sampai ke murah.

And sebenarnya aku sangat bersyukur atas nikmat JPA ni, aku tak pernah terfikir aku akan rasa apa yang aku rasa sekarang. Makan tempat mahal, melancong, umrah, phone. Alhamdulillah.

Dan sepanjang 6 tahun kat sini aku belajar banyak sangat benda, jumpa banyak sangat orang. Masa ulang tahun dulu belajar sangat banyak benda. Merasa happy pada satu ketika, down pada satu ketika, pokai pada satu ketika. Basikal kena curi, tertinggal flight waktu travel, kena rompak. Rindu mak, rindu abah, rindu akak, rindu kucing. Homesickness can hit anyone at any given time regardless of one's state.

As I grow older, I realized that everyone needs a different approach. They change with time. We(I) tend to judge people based on their appearance, their manners. Appearance is the first filter they said. But we don't know what actually they are facing with.

Kita semua membesar dengan surrounding yang berbeza. Dan seseorang tu boleh berubah disebabkan surrounding. Tapi sekarang aku belajar satu benda, I will not judge on someone anymore, insyaAllah. Sebab twitching/culture shock ni aku sendiri pernah lalui masa kerja dulu, masa travel dulu.

Apa yang aku tulis ni tak lain tak bukan hanya peringatan diri, dan semoga tidak diuji dengan kata-kata aku sendiri hendaknya InsyaAllah. Dan nauzubillah dari segala bala Amin.


Sedikit info berkaitan sushi:
Aku cuma tahu makan je sebenarnya. Tapi yang aku belajar dari menu ialah:
Nigiri : Nasi kepal dia tepek (udang/salmon/white fish/ apa-apalah) kat atas nasi.
Sashimi: Hirisan mentah.
Temaki: Sushi bentuk kon.
Tempura: Goreng la cam biasa.
Hosomaki: Seaweed, nasi, filling. Kosong je.

Boleh je google ni aku saja nak bagi macam bermanfaat.





Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan laser pada 12/11/2016. Dalam laser based eye treatment, ada 3 generasi; pertama PRK, kedua LASIK (blade-microkeratome & bladeless-femtosecond laser), ketiga SMILE. The one that I did was the bladeless LASIK with Dr Yehia Salah at his own German Egyptian Eye Care Maadi. So apa beza bladeless dengan blade, blade pakai alat memotong nama dia microkeratome untuk potong lapisan cornea tu. As for bladeless, flap anda di carve oleh femtosecond laser. Untuk blade, aku tak tau. Tapi untuk bladeless, Alhamdulillah no pain during the surgery, blurry for the first 4hours - day 1, pain & discomfort (lebih kepada rasa macam mata masuk habuk) untuk first 6hours - day 1 if any.

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 3 minggu. Kondisi okay.

Rasa syukur dah buat, rasa macam diberi peluang kedua. Sebelum ni selalu je pakai contact lens, tapi bila pakai lens, ada timing berapa lama boleh pakai according to lens thickness biasanya 8-12 jam lebih dari tu, kita akan rasa pressure atau kering, even pakai eye drops. So bila dah buat lasik, tak payah nak hand wash before pakai, masa bukak, bersihkan lens.

Sebenarnya tak terfikir pun nak buat pada awalnya, then rasa macam 50/50 nak buat okay tak buat pun okay, tapi tak berusaha nak buat pun. Dulu masa awal2, takut mak tak bagi. Tapi masa balik Malaysia haritu, cakap nak buat lasik and ceritala kita dah belajar semua, Dr sini & bidang ophthal sini hebat, mak pun okay. Abah okay je. Sekarang ni mak pulak yang cerita lasik kat orang lain 😅. Tapi, akhirnya dah buat. What is meant for you will reach you no matter how, InsyaAllah.

Okay, itu sahaja sekian, terima kasih.


1. Dengan umur kita 23 sekarang, tak banyak masa untuk lalai, tapi lalai tu la yang selalu menjengah diri. Mengharap kekuatan secara konsisten.

2. Bila umur dah macam ni, boleh la dikatergorikan sebagai macam coming-age phase. Satu persatu isu alam dewasa yang realitinya sedang berlaku kita akan lalui/hadapi secara langsung atau tidak (pengalaman orang lain & sekitar). Memasuki alam dewasa.

3. Antaranya, perkahwinan. Time ni, most guys biasanya dah ada plan untuk kawin. Ada yang dah kawin pun, tapi biasanya umur pilihan untuk berkahwin macam 25 (lepas grad), 26 (lepas job), or 27 or 28 (lepas stable). Alhamdulillah buat mereka-mereka yang telah mendirikan rumah tangga, rezeki mereka pulak dah jadi kaya before grad, dah mampu beli rumah kedua by 23, kereta and so on. Itulah namanya rezeki masing-masing. Ada juga yang lain pada pandangan manusia rezeki mereka tidaklah semewah yang pertama tadi, perlu mengerah kudrat, berniaga, jual air & sebagainya. Apa yang lebih penting semoga rezeki yang kita dapat halal dan diberkati semoga yang baik-baik saya doakan untuk semua. Semoga dengan berkatnya rezeki kalian dapat membesarkan anak-anak soleh dan solehah kelak. Time ni, kalau kita cakap kat parents ada minat orang sekian-sekian, kata-kata kita mula diambil serius mak bapak. Biasanya mak ayah dah ada kriteria menantu yang dia nak. Framing untuk calon menantu tu semestinya di pengaruhi background parents tadi. Yang faqih agama, mesti nak yang sama. Begitu la jugak yang lain.

4. Kita. Ada yang kat sini lahir family berada, cukup la segala. Ada jugak dari background berbeza. Mana yang kaya biasa hal duit tak jadi masalah. Yang lain ni, duit sentiasa jadi key highlight. Maka tak dapat tidak, duit pun satu isu jugak masa umur macam ni. Duit satu hal, preparation satu hal. Dah prepare ke kita untuk alam seterusnya?

5. Family. Kita mula sedar kita ada hak ibu bapa yang perlu kita tunaikan. Taknak la dah kawin dan dewasa tapi menghabis beras mak bapak je. Datang rumah mak pak lenggang isi perut lepastu balik.

6. PR kita. Dah alam dewasa ni lain. Orang kendarat kena turun. Tapi, kau (aku) sedara pun ramai tak hafal nama lagi. Nak beramah mesra dengan senior lagi. Member lagi. Masa dah suntuk ni tapi skill tak develop habis. Nak hidup berjiran pulak lepas tu.

7. Antara padi sawah & padi huma mesti ada beza. Kita dah selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau nak cari calon pun kita prefer yang sama bangsa. Sebab apa? Sebab kalau kita makan tempe dia pun tahu tempe. Nak makan budu dia pun makan budu. Nak makan tempoyak dia tahu masak tempoyak. Macam tu lah contohnya.

8. Aku harap dapat meningkatkan tahap flexibility aku.
author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.