From Cairo With Love Blog, sharing moments. Design, sharing tutorial sekadar apa yang tahu. Photography, Video, Travel, berkongsi kenangan dan pengalaman di bumi Tuhan.

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts
Kazlak, The Courtyard Maadi.


Alhamdulillah, atas segala kurniaanNya. Semalam pergi makan Kazlak, dekat The Courtyard Maadi. Courtyard ni cara nak pergi dia naik Metro (Maadi), then naik teksi/Careem/Uber cakap Syarie Palestine, biasa dalam 15LE teksi fixed price, Careem/Uber biasanya murah segenih dua kalau tak jam, kalau jam boleh jadi sampai 30LE.

Mahal sebenarnya tempat ni. Tapi, sejak dua menjak ni nak aktif balik tangkap gambar, interior. Rasa rugi tak tangkap gambar tempat best-best. Walaupun kena tebalkan muka tangkap gambar dengan macam-macam gaya.

Semalam order Rib Eye Steak. 170 LE tak masuk tax VAT 13%. Best la, sedap dan tebal gila 350gram paling tebal setakat ni berbanding mana-mana kedai lain dengan harga yang lebih kurang sama. Kuah dia biasa je. Kazlak ni ada promo 1kg daging 400LE. Tak pernah try lagi tapi korang boleh la nak datang share dua tiga orang ke kan.

Service dia sangat best la, ni antara tempat paling upscale aku pernah pergi. Sapa punya orner la ni memang kaya betul. Kalau kedai dia pun dah macam ni punya cantik kau bayangkan la rumah dia macam mana.

Appetizer.. Share 4 orang.




Yang ni tangkap pakai phone.

Add caption



Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sushi Mesir sangat sedap sebenarnya. Tapi tak pelik pun, sebab Mesir ni beberapa tahun yang lepas Tourism adalah salah satu niche area dorang, jadi perlu lah ada tempat makan yang upscale untuk pelancong punya experience & nightlife, disamping faktor lokasinya yang dekat dengan Europe menyebabkan banyak fusion. Kau nak makan apa insyaAllah semua ada kat Mesir. Dari yang mahal sampai ke murah.

And sebenarnya aku sangat bersyukur atas nikmat JPA ni, aku tak pernah terfikir aku akan rasa apa yang aku rasa sekarang. Makan tempat mahal, melancong, umrah, phone. Alhamdulillah.

Dan sepanjang 6 tahun kat sini aku belajar banyak sangat benda, jumpa banyak sangat orang. Masa ulang tahun dulu belajar sangat banyak benda. Merasa happy pada satu ketika, down pada satu ketika, pokai pada satu ketika. Basikal kena curi, tertinggal flight waktu travel, kena rompak. Rindu mak, rindu abah, rindu akak, rindu kucing. Homesickness can hit anyone at any given time regardless of one's state.

As I grow older, I realized that everyone needs a different approach. They change with time. We(I) tend to judge people based on their appearance, their manners. Appearance is the first filter they said. But we don't know what actually they are facing with.

Kita semua membesar dengan surrounding yang berbeza. Dan seseorang tu boleh berubah disebabkan surrounding. Tapi sekarang aku belajar satu benda, I will not judge on someone anymore, insyaAllah. Sebab twitching/culture shock ni aku sendiri pernah lalui masa kerja dulu, masa travel dulu.

Apa yang aku tulis ni tak lain tak bukan hanya peringatan diri, dan semoga tidak diuji dengan kata-kata aku sendiri hendaknya InsyaAllah. Dan nauzubillah dari segala bala Amin.


Sedikit info berkaitan sushi:
Aku cuma tahu makan je sebenarnya. Tapi yang aku belajar dari menu ialah:
Nigiri : Nasi kepal dia tepek (udang/salmon/white fish/ apa-apalah) kat atas nasi.
Sashimi: Hirisan mentah.
Temaki: Sushi bentuk kon.
Tempura: Goreng la cam biasa.
Hosomaki: Seaweed, nasi, filling. Kosong je.

Boleh je google ni aku saja nak bagi macam bermanfaat.





Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan laser pada 12/11/2016. Dalam laser based eye treatment, ada 3 generasi; pertama PRK, kedua LASIK (blade-microkeratome & bladeless-femtosecond laser), ketiga SMILE. The one that I did was the bladeless LASIK with Dr Yehia Salah at his own German Egyptian Eye Care Maadi. So apa beza bladeless dengan blade, blade pakai alat memotong nama dia microkeratome untuk potong lapisan cornea tu. As for bladeless, flap anda di carve oleh femtosecond laser. Untuk blade, aku tak tau. Tapi untuk bladeless, Alhamdulillah no pain during the surgery, blurry for the first 4hours - day 1, pain & discomfort (lebih kepada rasa macam mata masuk habuk) untuk first 6hours - day 1 if any.

Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 3 minggu. Kondisi okay.

Rasa syukur dah buat, rasa macam diberi peluang kedua. Sebelum ni selalu je pakai contact lens, tapi bila pakai lens, ada timing berapa lama boleh pakai according to lens thickness biasanya 8-12 jam lebih dari tu, kita akan rasa pressure atau kering, even pakai eye drops. So bila dah buat lasik, tak payah nak hand wash before pakai, masa bukak, bersihkan lens.

Sebenarnya tak terfikir pun nak buat pada awalnya, then rasa macam 50/50 nak buat okay tak buat pun okay, tapi tak berusaha nak buat pun. Dulu masa awal2, takut mak tak bagi. Tapi masa balik Malaysia haritu, cakap nak buat lasik and ceritala kita dah belajar semua, Dr sini & bidang ophthal sini hebat, mak pun okay. Abah okay je. Sekarang ni mak pulak yang cerita lasik kat orang lain 😅. Tapi, akhirnya dah buat. What is meant for you will reach you no matter how, InsyaAllah.

Okay, itu sahaja sekian, terima kasih.


1. Dengan umur kita 23 sekarang, tak banyak masa untuk lalai, tapi lalai tu la yang selalu menjengah diri. Mengharap kekuatan secara konsisten.

2. Bila umur dah macam ni, boleh la dikatergorikan sebagai macam coming-age phase. Satu persatu isu alam dewasa yang realitinya sedang berlaku kita akan lalui/hadapi secara langsung atau tidak (pengalaman orang lain & sekitar). Memasuki alam dewasa.

3. Antaranya, perkahwinan. Time ni, most guys biasanya dah ada plan untuk kawin. Ada yang dah kawin pun, tapi biasanya umur pilihan untuk berkahwin macam 25 (lepas grad), 26 (lepas job), or 27 or 28 (lepas stable). Alhamdulillah buat mereka-mereka yang telah mendirikan rumah tangga, rezeki mereka pulak dah jadi kaya before grad, dah mampu beli rumah kedua by 23, kereta and so on. Itulah namanya rezeki masing-masing. Ada juga yang lain pada pandangan manusia rezeki mereka tidaklah semewah yang pertama tadi, perlu mengerah kudrat, berniaga, jual air & sebagainya. Apa yang lebih penting semoga rezeki yang kita dapat halal dan diberkati semoga yang baik-baik saya doakan untuk semua. Semoga dengan berkatnya rezeki kalian dapat membesarkan anak-anak soleh dan solehah kelak. Time ni, kalau kita cakap kat parents ada minat orang sekian-sekian, kata-kata kita mula diambil serius mak bapak. Biasanya mak ayah dah ada kriteria menantu yang dia nak. Framing untuk calon menantu tu semestinya di pengaruhi background parents tadi. Yang faqih agama, mesti nak yang sama. Begitu la jugak yang lain.

4. Kita. Ada yang kat sini lahir family berada, cukup la segala. Ada jugak dari background berbeza. Mana yang kaya biasa hal duit tak jadi masalah. Yang lain ni, duit sentiasa jadi key highlight. Maka tak dapat tidak, duit pun satu isu jugak masa umur macam ni. Duit satu hal, preparation satu hal. Dah prepare ke kita untuk alam seterusnya?

5. Family. Kita mula sedar kita ada hak ibu bapa yang perlu kita tunaikan. Taknak la dah kawin dan dewasa tapi menghabis beras mak bapak je. Datang rumah mak pak lenggang isi perut lepastu balik.

6. PR kita. Dah alam dewasa ni lain. Orang kendarat kena turun. Tapi, kau (aku) sedara pun ramai tak hafal nama lagi. Nak beramah mesra dengan senior lagi. Member lagi. Masa dah suntuk ni tapi skill tak develop habis. Nak hidup berjiran pulak lepas tu.

7. Antara padi sawah & padi huma mesti ada beza. Kita dah selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau nak cari calon pun kita prefer yang sama bangsa. Sebab apa? Sebab kalau kita makan tempe dia pun tahu tempe. Nak makan budu dia pun makan budu. Nak makan tempoyak dia tahu masak tempoyak. Macam tu lah contohnya.

8. Aku harap dapat meningkatkan tahap flexibility aku.
Kredit Google


Ini ada satu cerita sedih. Based on a true story.

Sekitar tahun 80-an, Kuala Lumpur ketika itu sedang mengalami perubahan dasar negara. KLIA belum wujud. Pusat masuk melalui udara masih dari Lapangan Terbang Subang. Beli nasi bungkus masih diikat dengan plastik dan surat khabar.

Di satu kampung, ada seorang pemuda. Bermisai, taklah melingkar tapi cukup kacak melintang selari dengan gaya rambut paras bahu. Misai itu dielok-elokkan dengan jari letaknya yang sudah sedia kemas. Yelah, esok ada date. Dengan Salmah. Rizal kena la nampak presentable sikit. Lagipun Salmah boleh tahan ayunya. Kalau bak kata sama padan gitu. Rizal pun tak kurang kacak, yang kurang kacak mungkin poketnya.

Biarpun bergaji sederhana tapi perwatakan Rizal di kelas tersendiri. Background yang sama buat Salmah & Rizal, negeri yang sama, gaya hidup yang sama nyata terlalu banyak bond untuk mengukuhkan chemistry mereka berdua ni. Dan mereka pun bercinta.

Atas nama cinta itulah yang menemukan mereka ke jinjang pelamin. Sayang menyayang saling percaya. Sebab tak semua waktu tu ada tv, jadi radio macam phone zaman kita sekarang, yang semua orang ada. Dah jadi cerita, di corong radio waktu tu, Alleycats dengan lagu Andainya Aku Pergi Dulu amat fofuler. Dan mestilah bila lagu dah meletop, adalah biasa menjadi siulan ramai termasuk si Rizal.

Nyanyian Rizal selalu diikuti dengan pertanyaan kepada Salmah, isterinya yang sedang mengandung waktu tu. 'Mah, kalau aku pergi dulu macam mana mah?'

Tapi pertanyaan itu dilayan seperti angin lalu je bagi Salmah. Yela, baru kawin, suka sama suka, tengah sayang sangat & lagu tu tengah trending jadi Salmah takda la pulak nak expect buruk apa-apa kan.

Ditakdirkan, Rizal meninggal dunia.. Ketika mana Salmah belum bersalin lagi. Tapi lepas tu Salmah tak kawin lain. Walau ada yang nak. Dan muka anak Salmah tu sebijik macam Rizal.

Itulah, jodoh ajal maut ditangan Allah kan. Alfatihah buat semua mereka yang telah pergi.

Setia, satu ciri untuk keluarga bahagia perlu setia baik lelaki atau perempuan. Dan sebelum setia ni hadirnya jujur. Bila jujur takkan tipu pasangan takkan curang dengan pasangan. Dan bila jujur, kekurangan atau apa-apa boleh diatasi. Sebab dua-dua berlapang dada terima kata-kata jujur. Dua-dua rendah ego, takda cemburu. Yelah dah kawin ni kadang terbahagi kasih dengan family asal. Ini yang susah sangat nak cari sekarang.
1. EA Sports jarang mengeluarkan product yang menghampakan. Ada yang menghampakan, tapi still fun. Kali ni kita cerita pasal Sim. Sim bukan Sam (Bunkface). Okaylaa tak kelakar. 

2. SimCity BuildIt. Game ni mungkin tak sefamous CoC, Plant vs Zombie atau pun Angry Bird. Tapi game ni sangat menarik pada pandangan aku. Ia tak sama macam simulation real life game Sim yang lain. Apa yang menarik, konsep game ni kita ditarik untuk mengenal perancangan bandar.




Ni intro untuk latest version. Sebelum ni intro dia lain. Lawa jugak.


3. Bagi mereka yang pernah main Paradise Island, game Sim ni jauh meniggalkan game Paradise Island dari segala segi. Meh kita tengok sikit.




PENGENALAN

4. Anda seorang Datuk Bandar, lokasi antara pantai dan gunung, takda sumber asli. Duit common anda adalah Simoleon. Emas anda ialah Golden Key. Federal Reserve anda ialah SimCash.

5. As a government, service/perkhidmatan ataupun kemudahan asas adalah apa yang perlu disediakan oleh kerajaan merangkumi seluruh rakyat. Setiap kemudahan ni pulak seperti biasa akan melibatkan Supply & Demand, yang mana membawa kepada Inflasi & Deflasi.

- Electricity
- Air
- Saliran
- Pengurusan pepejal
- Bomba
- Keselamatan
- Kesihatan
- Good governance

6. Kalau kita tengok, semua dia atas ni adalah simplified version dari real life governance. Di Malaysia contohnya:

- Kita guna arang batu, gas dan hydraulic yang utama (as far as i know), dan banyak company yang ada power plant macam Malakoff, TNB. Di Mesir (yang kerap blackout dulu) utamanya oil. Dan masa banyak kali putus tu sebab diorang takda duit nak bayar dan beberapa negara teluk tolong supply minyak guna kapal kargo; antaranya Qatar. Zaman itu jugalah banyaknya kemasukan bank QNB kat Mesir. (dulu aku rajin beli surat khabar Daily News).
- Air banyak syarikat konsesi. Dan yang paling politik, Selangor la dulu. Syabas, Puncak Niaga, Abbas, Splash, panjang cerita air Selangor ni sebab ada pemilikan negeri dan federal.
- Saliran pembetungan kita ada indah water. Setahun dalam RM 50 bil dia. Siapa cakap buang air kat rumah free. Semua kena maintain okay.
- Kat Malaysia kita ada jugak kat sini.
- Dan lain-lain macam Bomba, polis, kesihatan. Semua ni ada dalam ucapan dasar dalam bajet negara.


Kalau takda perkhidmatan asas, rakyat marah.

Ni supply dan demand. Boleh nak jimat beli basic water tower, tapi supply sikit.
Water Pumping Station supply besar, tapi mahal. 

Dia ajar jugak coverage. Maksudnya jarak jangkauan (accessibility).

Paling penting pendidikan. Sebab bila kita nak upgrade ke benda lain, pendidikan perlu ada.

Kualiti bangunan jugak berkait dengan pendidikan. Bila kau ada University dalam town kau, bangunan kau lagi lawa.

Dagangan.
 7. Game ni mengajar kita berniaga. Kadang-kadang kita perlu duit, tapi takda orang pun beli dagangan export kita :(. Cedih tau.

Kita jugak boleh import.
 8. Import ni agak stress kalau kau main time hari cuti server penuh dengan orang. Berebut barang. Kalau main hari isnin, smooth je. Hari kerja kan.


Airport ni untuk mendapatkan barang berharga.
9. To be rich is to produce. Dalam game ni kau kena sentiasa produce. Untuk menjadi kaya. Untuk development.

Kilang-kilang.

KESIMPULAN
Grafik : 5 bintang.
Time flow : 4 bintang.
Level ketagihan : 3 bintang


Sangat recommended.


Assalamualaikum & salam sejahtera. Diharapkan kita semua dalam lindunganNya. 

Kali ni nak share pasal travel winter break sikit. Bukan sharing sangat la lebih kepada nak abdikan kenangan kat blog. Sebab apa? Sebab fobia ransomware (macam malware/virus) dulu kena hilang semua gambar dari first year. Sobs.

Travel 1.0 kat sini, travel 2.0 kat sini. Mesyi.

1. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk berjalan kembali. Ya, tahu ramai yang dah pernah pergi kot tempat yang aku pergi ni, dan ada yang dah pernah berjalan ke berbelas negara or lebih lagi. 

2. Sebelum tu, semalam baru je habis round Public Health & ada presentation sikit. Present pasal sleep quality, boleh tahan la bosan round ni kalau tak kena present semalam tak baca pun rasanya. 



3. Actually 2 minggu sebelum pergi cuti ni kena rompak. Kat Manial, mamat tu dua orang and ada pisau. Panjang cerita tapi part nak amik fon nasib baik sempat lari. So kad debit takda nak buat jalan, Alhamdulillah tiket hostel transport semua dah siap beli.

4. Sebabkan bajet tak besar, semua flight kitorang (pergi dengan Duang) yang budget flight (Easyjet/Ryanair/Wizz/Pegasus) balik Cairo je naik commercial flight. Total flight whole trip dalam $650.

5. Untuk London, beli kad transport dia siap-siap kat sini then hantar by post. 


HIGHLIGHTS

6. First day jumpa member sekolah rendah, Amiera & Farah time SK Raja Muda dulu. Aku tak ingat sangat macam mana zaman sekolah rendah dulu tapi yang aku tau aku loser la haha.

7. Sebelum tu awal pagi lagi dah ke Oxford, dalam 7 pagi.  Oxford University ni kan takda main campus, dia lebih kepada autonomous college bawah dia. Untuk Oxford ni, kitorang book tour, beli online kat sini dapat diskaun 4 pound dari harga tertera.

8. Kitorang ambil Bodleian Library (extended) tour, antara pergi Divinity School, Chancellor's Court, Radcliffe Camera. Bodleian Library ni besar jugak, sempena Thomas Bodley, seorang linguistik. Dalam pecahan bangunan ni sangat lawa terutamanya Duke Humfrey cumanya tak boleh tangkap gambar. Banyak scene Harry Porter kat Oxford ni. 

9. Sebabkan dulu sekolah di Victoria Institution, personally amat meminati architecture/seni lama sebenarnya, macam castle, tower, lepas tu ada era pulak, Victorian era, Gothic. Tengok logo Harry Potter pun dah lawa. Bukan menyanjung Barat, tapi quality diorang dalam binaan harus dicontohi. Tengok clock tower Kasr El Ainy sendiri, kan lawa. 

Divinity School.

10. Divinity School ni dulu ajar Theology. nampak tak ada St Mary kat tengah tu? Menurut tour guide, tu menunjukkan agama memegang universiti. Agak religious jugak sebenarnya mat saleh dulu-dulu. Banyak berunsur ketuhanan dan moto diorang pun 'Dominus illuminatio mea' - The Lord is my light.

11. Time kat Oxford/London tu rezeki pulak sunny tak hujan so agak best. Balik London balik. Makan kat Laksa King time tu la kenal Hannah Rafiq dengan Husna tu jumpa kawan lama, Best la harini.

Hannah Rafiq, Amiera, Husna, Farah, Duang.
Sebelum tu pergi Oxford University.

Harry Pottah!

Edinburgh (Sebut dia macam Edinborough rupanya)

8. Dari London ke Edin naik Ryanair. Best la Edin lawa gila. Kalau ditanya nak pergi mana lagi, jawapannya Edin. Bangunan lama, bukit-bukit. Tradisi tattoo bagpipe emblem dia lagi. Memang jatuh hati betullah dengan Scotland. Ya, tattoo. Dulu kat sekolah pun ada tattoo, macam ni jugak. Scotland the Brave masih terngiang everytime ada vip datang sekolah.

9. Sehari je kat Edin, lepas tu ke Brussels by Ryanair. Edin ni beli sebab ingat nak ke Dublin, tapi member dah habis study pulak bulan 10 pulak so sehari je kat Edin decide je Brussels. Takda apa sangat Brussels ni, boring sebab hujan. Royal Palace ni je ada marching tapi gerimis so kamera pun berwap, Sebab sehari, tak pergi pun atomic tu haha.

Royal Palace. Ni dari kamera yang lain phone.

10. Dari Brussels ke Amsterdam naik Megabus 1 pound je. Sampai Amsterdam malam terus naik tren ke Steenwijk. Steenwijk ni area National Park of Netherlands dia jauh dan mahal tapi amat cantik dalam tren pun ada wifi tak bosan. Lepas tu dari Steenwijk nak ke Giethoorn agak jauh kalau malam lebih pukul 6pm bas takda, nasib baik kitorang owner farmhouse tu yang ambik naik kereta.

11. Untuk Giethoorn, kitorang tinggal dekat De Opkikker, sangat recommended. Steenwijk kawasan besar, tempat ni dekat Smalleweg. Giethoorn Zwolle Meppel semua tu dalam Steenwijk.

De Opkikker.

12. Dari farmhouse nak ke Giethoorn kitorang sewa basikal Carmen. Ya Allah cantik gila tempat ni. Rezeki time tu tak hujan & ada matahari masa winter macam dalam gambar so Carmen cakap 'you are so lucky we didn't expect to have a sun'.

20 minit jugaklah naik basikal ke Giethoorn.

Rumah sebelah Opkikker.


Venice of the North katanya.

13. Lepas habis Steenwijk, ke Amsterdam balik. Best jugak Amsterdam ni tapi takda apa nak buat sangat. Tak masuk redlight sangat sikit je balik area hostel ClinkNoord (best gila hostel ni) cari makanan. *ana tak sanggup.

Tulipz.

14. Sebabkan Amsterdam tak banyak benda, esoknya pergi Castle de Haar dekat Utrecht > Vleuten. Castle ni panjang sejarah dia dan di restored balik oleh sangkut paut Rothschild family. Bila sebut pasal Rothschild ni panjang pulak illuminati, yahudi, the banker. Jenuh nak habis nanti.

15. Tapi, dalam istana ni tak boleh ambik gambar. Cuma ada la Star of David tu semua. Overall, luaran dengan taman Castle ni memang lawa. Tapi, interior Versailles tetap number satu.

De Haar Kaastle.




Poyo siak.

16. Amsterdam ke Liverpool by Easyjet. Tengok bola kat Anfield terus pokai. Haha. Kalau tak tengok nak lepak mana pulak bukan sokong Liverpool pun. Arsenal punya stadium pun tak pergi tapi layan jela tengok Liverpool vs Sunderland.

17. Tren dari Liverpool to Manchester, Kitorang book kat Homestay Abg Wan & Kak Wani kat sini. Baik la, best sebab orang Melayu, stay pun malam tu je. Cuma, tempat ni agak jauh dari center, dekat dengan university. So agak susah nak pergi dari Piccadily kena call last-last naik teksi.

18. Abang Wan ni imam sebenarnya, kat Masjid Taqwa TTDI, belajar Zagaziq dulu, tapi cuti teman isteri dia kat Manchester sebab isteri dia buat Phd under UIA. Pagi tu, dengan kereta Audi disewa oleh Abang Wan, dapat free ride ke center.

19. Jalan banyak tutup sebab Chinese New Year banyak la mercun kat jalan. Petang tu terus ke airport nasib baik sampai. Manchester ke Budapest by Ryanair.. Shopping habis kat Manchester ni.

20. Budapest. Dah mula penat time ni. Hostel memang best internet dia 20mb 3 saat je. Tapi tak sebest Giethoorn maybe threshold dah naik nak ikutkan lawa je Budapest. Kebab dekat Metro Arany Janos terbaik setakat ni. Patut try kebab Turki pun kalah.

21. Budapest ke Istanbul by Wizzair, dari Istanbul terus ke Kayseri (Cappadocia) by Pegasus.

22. Cappadocia ada dua airport, Nevshehir atau Kayseri. Nevsehir dekat lagi. Best Cappadocia ni, cuma sekejap sangat.

Jangan beli apa-apa masa tour. Semua tu marked up prices. Beli kat Istanbul je murah. Cakap ni sebab dah kena. Benda 50 Lira kena 140 masa Museum Tour.

23. Istanbul, sebab dah nampak lawanya Istanbul masa summer (still lawa masa winter) so tak excited sangat. Lagipun Istanbul tengah inflasi tinggi masa sampai tu. Harga jagung pun contohnya dah naik. Beli surat khabar masa kat Galata Tower, inflasi Turki 9.58%. Kebanyakannya menyebabkan harga komoditi mahal.

24. Shopping seperti biasa Istanbul best, jangan beli kat Grand Bazaar mahal ada yang murah satu kedai je jumpa masa summer haritu, dah tak jumpa dah sebab banyak sangat pintu.


TIPS

1. You'll always learn something new when you travel, jadi readykan minda. 
2. Study maps dan powerbank amat perlu.
3. Banyak sangat flight ni penat jugak.
4. Kena banyak tengok weather forecast time winter, takut hujan. Payung sudah mesti.
5. Kena try Balik Ekmek dekat Istanbul, sedap. Tak semestinya dekat Eminonu.
6. Crepe choc patut try kat mana-mana anda berada ketika winter, pasti tak mengecewakan.
7. Hantar poskad dalam envelope, insyaAllah sampai. Kalau tak balut, ada possibility kena rembat. Aku punya berapa banyak tak sampai Vatican, Rome, Venice, Copenhagen semua burn. Tak balut pun insyAllah sampai je cuma depot Klang ni problem sikit.
8. Kena belajar selfie.
9. Timing. Tukar jarum jam.
8. Dapatkan number crush anda otherwise pulang dengan hampa tangan kosong (jika ada).
10. Tunduk sikit kot kat Turki, lawa sangat. HAHA.



I would love to be a gentleman. Talk nicely, treat equally, listen heartfully, answer appropriately and keen in everything like there's no tomorrow.

When I was in school, almost each day, I would buy a 'Burger Daging Special' when the school finished in front of the main gate. RM 2.00. Abang rambut flat top, sometimes with her wife I don't know where they are right now but I miss the burger so much the best burger ever even I used to search for them in 2012 but no to avail. Back then I was fat like 38 inches, not yet tall so you can imagine how a fat thirteen year old boy looks like.

'Jual eh dikk.. Or terima kasih dik', with a smile every time. I myself consider Abang flat top as a gentleman.

It's time to grow up and be a man.
Assalamualaikum.. Biasa kita dengar kalau nak mintak kerja kena hantar CV, Resume. Kan?
Baru kita pikir, macam mana nak buat resume, apa nak letak dalam resume, nak buat resume pakai apa?

Semua kita pikir sampai overthink kadang-kadang.

Okay ni ada buat satu resume, nak apply dengan Neelofa. Dia ada post iklan haritu. Tak expect apa pun, cuba nasib je.

Tips buat resume:
1) Minimize words. 
2) Susun layout nak berapa kolum dan macam mana.
3) Guna Photoshop kalau boleh. kalau tak pun, words pun okay je cuma susun elok-elok.
4) Gunakan warna yang menarik dan tak terlalu striking. Ada warna kita suka tapi tak majoriti orang suka kan.
5) Tenang. Jangan gopoh nak buat resume.. Dah siap, kita berharap.





Apply Apply!




25/10/2014.

Qatar Airways KLIA - Cairo. Balik kedua summer. Tahun dimana membawa azam pada hari pertama tahun baru kalendar Islam, nak naik tahun. Nak yang baik-baik je.

15/9/15.

Qatar Airways Cairo - KLIA. Balik kedua summer. Tengah makan burger McD (sorry siapa yang boikot. Jarang gile pun makan burger McD setahun tak sampai 3 kali) sambil tunggu bas nak boarding. Minggu depannya dah raya haji.

Whatsapp masuk. 'Salam Rafi, ada di mana, bz ka, exam haritu camna?'  Encik Khairi pegawai JPA luar negara.

......'saya nak ingatkan dalam worst case scenario'............

Dan senario dalam flight tu pun sama macam titik-titik kat atas ni.

25/10/2015.

Alhamdulillah dah setahun dah. Setahun tahun Hijrah dan setahun tahun Masihi. Moga dipermudahkan tahun ni untuk segalanya dimurahkan rezeki yang halal dan sentiasa cukup amin. Dan terima kasih buat semua yang mendoakan yang menjadikan saya pada hari ini.



25/10/2014. Tahun baru dimulakan dengan perjalanan pulang dari KLIA ke Mesir.

Tahun malap sebelumnya masih gagal digembirakan dengan berita kemenangan poster pada Nilakandi sejurus tiba di Mounira. Ramai yang lebih dan terlampau layak.

Abysmal.

Abysmal. Abysmal.

Apalah agaknya masa depan. Bak kata orang putih, you'll never know.

Found this ayat on Insta, different poster.


Thank you.



Budak-budak kalau senyum akan sepenuh hati, dan sampai ke hati.

Lepas SPM apply 4, Axiata, JPA, Petronas, dengan Khazanah.

Interview JPA tu tak prepare sangat pun. Cuma prepare beli blazer je satu waktu off-day beberapa hari sebelum. Esok nak interview harini masih kerja tak boleh cuti. Syif petang habis malam. Sampai rumah search google sikit apa yang patut, baru nak cari universiti apa yang nak masuk, petik je lah universiti apa pun yang jumpa.

Interview Khazanah tu prepare jugaklah sikit, malam sebelum interview tu tanya member yang dapat scholar Khazanah macam mana.

Sebelum dapat interview tu dia ada buat phone interview, ingat lagi waktu tu tengah kerja, dia tanya pasal result, borak-sikit sikit. Tak lama lepas tu buka emel dapat 1st stage interview.

Esoknya pergi. Ada 4 stage interview, pertama lebih kepada in paper IQ test, ada 5 bahagian ujian dalam masa yang singkat, antaranya math, susun sequence cartoon. 2nd stage baru interview betul, dengan bawa english essay minimum 1000 words tak silap. 3rd stage dia tak ingat apa, yang 4th, jumpa Board of Directors. Ditakdirkan tak lepas 1st stage, dapat JPA, yang lain-lain tu tak dapat interview pun.

So, kena belajar, kalau tak pelaburan JPA satu yang sia-sia.

Mengharapkan nikmat JPA ni dipermudah, doakan.

Ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Jangan ikut resmi lalang, makin lama makin tinggi.


Alhamdulillah, sampai juga di bumi Mesir. Tarikh yang pada awalnya 17, hingga ke 20 Oktober. Banyak perkara luar jangkaan dan sungguh, Allah adalah sebaik-baik perancang. Esok ada exam, mohon doa.

Gambar diambil di area Kuala Selangor, cuti jalan kampung. Daun padi dengan lalang macam lebih kurang sebenarnya, tapi hasilnya berbeza.


Hitam putih kenangan.




Kenangan.  


Dulu rasa dah lawa gila.



author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.