17 July 2012

Hurghada

Assalamualaikum,

Melancong memang best. Kad kredit? Debit kad? 


Anda tidak perlu risau! Melancong tidak semestinya memerlukan wang yang banyak. Bersama hos anda Raff dalam rancangan Destinasi Bajet. Saya akan membawa anda merasai pengalaman bercuti ke Hurghada. Jom!


DAY 1

1. Dengan Go Bus, harga tiket return adalah 130 LE untuk class Deluxe. Roti & air kotak Fragello disediakan.

2. Perjalanan bermula kira-kira 1.40 am & kami tiba di destinasi lebih kurang pukul 7.30 pagi.


Go Bus, sebelah Hotel Hilton Ramsis.

3. Dengan teksi, Dahar adalah pekan besar. Manakala hotel area Arosa bersesuaian dengan kemampuan kita sebagai pelajar. 

#Jangan ambil teksi dekat stesen bas mahal. Seeloknya, turun bas cari jalan utama kemudian tahan teksi.


4. Kesian sangat kat pemandu teksi tu, baik orangnya, kami dah sampai kat hotel Arosa, admin tanya (kejadian dalam bahasa arab), 

kalau nak pergi pekan Hurghada macam mana?

Admin hulur pen & kertas yang admin tulis harga hotel-hotel, yelah nak cari hotel paling murah. Then dia kata,

saya tak pandai tulis

Kesian sangat, lalu admin tanya dia dan admin tulis sendiri. Betapa pentingnya ilmu. Tapi tu pun admin malas belajar lagi.


5. Hotel bajet pilihan kami ialah Seaview Hotel, berdekatan dengan Arosa Hotel (Arosa & Arosa Hotel adalah dua tempat yang berbeza). Dengan harga 60 LE semalam, ianya berpatutan. Jika dibandingkan dengan hotel di Alexandria, Dahab & Luxor, disini adalah yang terbaik dari segi kos & facilities.

Depan tempat tinggal kami Sewaki Beach.



6. Pukul 10.30 pagi, perut lapar. Padahal dalam bas dah makan burger. Kedai dorang pulak takda karen. So, decide beli Kushari 4 LE. Sedap.


7. Lepas Zohor, Desert Safari bermula! Naik jeep 4WD macam kat bawah ni. Satu kumpulan dipecahkan dua jeep. Kami satu group dengan Pak Arab, jeep sebelah full Mat Salleh.


Tayar bocor langgar batu.

8. Panas gila. Peluh kalau jatuh kat pasir boleh keluar asap.

9. Sampai kat kawasan perbukitan, kitorang kena panjat bukit then turun balik. Kira macam lintas bukit. Situasinya sama seperti di Sinai, cuma bukitnya rendah.

10. Then naik unta. Admin tak naik pun sebab malas. Baik admin cuci mata ye tak. Hazazi kata sebaik sahaja turun ia akan meletrik kan kelangkang anda.

Demo buat roti.

Telaga Bedouin dalam mencecah 45m.
11.  Secara keseluruhannya, Hurghada Desert Safari ini nak menunjukkan tamadun masyarakat Bedouin, yang bermaksud travel. Yakni, paling lama 100 tahun di sesuatu tempat then berpindah untuk mencari kawasan berair.

12.  Air diperlukan untuk hidup. Cara nak detect kawasan tu ada air atau tak, unta akan berehat lebih dari satu jam menandakan kawasan tu ada air. Selain itu, bukit yang berwarna kehitaman juga dipercayai mempunyai air. #source: tourist guide


Naik ATV
13.  Seeloknya beli shawl ataupun pakai purdah ke tak kesahlah janji tutup muka & mata sebab naik ATV ni berhabuk.

14. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu menaiki Quad Bike. Lama jugak naik benda ni, adalah dalam sejam. Feeling pergh!

15. Seterusnya, makan malam yang disediakan tapi tidak mengenyangkan, tengok matahari terbenam dan pulang. 

16. Balik tu, admin beli lagi Kushari, yelah kata Destinasi Bajet kan.



SUMMARY DAY 1:


  1. Teksi (Mounira - Ramsis)    :   10 LE
  2. Tiket Bas (return)                : 130 LE
  3. Teksi (nak cari hotel)          :   17 LE
  4. Hotel (1 hari 60 LE)            : 120 LE
  5. Pakej Safari                         : 150 LE
  6. Pakej Snorkeling                 : 100 LE
  7. Sawaki Beach                      :  10 LE
  8. Shawl                                   :  20 LE
  9. Makan & Air                        :  20 LE (tapi kushari jelah)
  10. SUBTOTAL                         : 577 LE



DAY 2


17. Pukul 8.30 am kami bergerak ke sebuah resort. Then kami menaiki bot yang agak besar kapal seperti gambar dibawah dan dibahagikan mengikut hotel.

18. Pertama sekali kami ke Pulau Giftun atau dikenali sebagai Paradise dalam kalangan pelancong Russian. Perjalanan lebih kurang sejam setengah. 




19. Memang ramai, macam kat negara Barat pun ya. Ada je minah arab mandi tapi dia mandi dengan baju-baju sekali. 

20. Dalam bot kami, ada satu couple arab bini dia pregnant, pakai tudung labuh. Muka bini dia macam bukan orang Mesir, maybe Yemen (cehh bajet tahu je) tapi husband muka Mesir. Dia bawa dua baju. Satu dia pakai time kat bot, nak sampai island dia tukar baju(dalam bot ada toilet)  macam jubah tapi kain jenis jeans. So, masa dekat pantai tu dia mandi jelah tapi menutup aurat. Lepas tu, ada group indon kat pantai tu just borak-borak je tak mandi pun.

21.  Dalam sejam kat Paradise, naik boat balik pergi coral reef. Seperti gambar bot di atas, ada tali ditambat pada bot menandakan kawasan tersebut boleh di snorkeling. Lawa. 2 tempat snorkeling. Makcik arab yang pregnant tadi pun snorkeling tau! Respect.

22. Balik tu main snooker jap then packing barang cari kedai makan seperti yang disarankan towkay hotel. Menaiki tremco, kami sampai ke destinasi di atas.


Mix meal 100 LE.
23.  Admin memilih Mix Meal seperti di atas. Ada udang, calamari, filet, ketam & kofta udang yang dipercayai setiap satu seberat 150-200 gm. Pada admin ia sedap & berbaloi. Udang kat Malaysia RM16 sekilo manakala kat pasar Sayeda sekilo 75 LE. So, harga kat atas ni rasanya okay. 

24. Habis makan, kami berjalan-jalan di pekan. Rasa kurang ilmu sangat tengok signboard bahasa German, Russia.



25.  Banyak kupu-kupu nocturnal kat Hurghada ni. Baik kupu-kupu jantan atau betina. Semasa admin lalu area Burger King admin di sapa oleh gadis jelita remaja menjual bunga. Jika kita lihat banyak pelancong perempuan dari lelaki di Hurghada. Memang rasa negara mat salleh habis duduk sini. 

28.  Gambar bawah ni amat menarik perhatian admin. Bagus ada inisiatif menyebarkan Islam di Hurghada. Kat sini admin tak nampak pun gereja tak macam di Luxor di mana gereja merata.




29.  Hard Rock Cafe kami tak pergi. Sepatutnya boleh check out Isnin pagi tapi tiket balik dah beli.



30.  Meskipun begitu, ada beberapa nilai positif di Hurghada:
  1. Pemandu teksinya jujur.
  2. Bersihnya mungkin setaraf Alexandria.
  3. Segalanya value for money.
  4. Percutian terbaik di Mesir setakat ni.

 SUMMARY DAY 2:


  1. Teksi (Ramsis - Mounira) :  10 LE
  2. Makan (El Mina)              : 147 LE
  3. Teksi (Arosa - Hotel)        :  15 LE
  4. Snooker                             :   5 LE
  5. Jajan                                 :  20 LE
  6. SUBTOTAL                     : 197 LE
    TOTAL (577 + 197)               = 774 LE



Sekian, Destinasi Bajet kali ini. Till next time :)

No comments:

Post a Comment

author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.