From Cairo With Love Blog, sharing moments. Design, sharing tutorial sekadar apa yang tahu. Photography, Video, Travel, berkongsi kenangan dan pengalaman di bumi Tuhan.

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts
Assalamualaikum & salam sejahtera. Diharapkan kita semua dalam lindunganNya. 

Kali ni nak share pasal travel winter break sikit. Bukan sharing sangat la lebih kepada nak abdikan kenangan kat blog. Sebab apa? Sebab fobia ransomware (macam malware/virus) dulu kena hilang semua gambar dari first year. Sobs.

Travel 1.0 kat sini, travel 2.0 kat sini. Mesyi.

1. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk berjalan kembali. Ya, tahu ramai yang dah pernah pergi kot tempat yang aku pergi ni, dan ada yang dah pernah berjalan ke berbelas negara or lebih lagi. 

2. Sebelum tu, semalam baru je habis round Public Health & ada presentation sikit. Present pasal sleep quality, boleh tahan la bosan round ni kalau tak kena present semalam tak baca pun rasanya. 



3. Actually 2 minggu sebelum pergi cuti ni kena rompak. Kat Manial, mamat tu dua orang and ada pisau. Panjang cerita tapi part nak amik fon nasib baik sempat lari. So kad debit takda nak buat jalan, Alhamdulillah tiket hostel transport semua dah siap beli.

4. Sebabkan bajet tak besar, semua flight kitorang (pergi dengan Duang) yang budget flight (Easyjet/Ryanair/Wizz/Pegasus) balik Cairo je naik commercial flight. Total flight whole trip dalam $650.

5. Untuk London, beli kad transport dia siap-siap kat sini then hantar by post. 


HIGHLIGHTS

6. First day jumpa member sekolah rendah, Amiera & Farah time SK Raja Muda dulu. Aku tak ingat sangat macam mana zaman sekolah rendah dulu tapi yang aku tau aku loser la haha.

7. Sebelum tu awal pagi lagi dah ke Oxford, dalam 7 pagi.  Oxford University ni kan takda main campus, dia lebih kepada autonomous college bawah dia. Untuk Oxford ni, kitorang book tour, beli online kat sini dapat diskaun 4 pound dari harga tertera.

8. Kitorang ambil Bodleian Library (extended) tour, antara pergi Divinity School, Chancellor's Court, Radcliffe Camera. Bodleian Library ni besar jugak, sempena Thomas Bodley, seorang linguistik. Dalam pecahan bangunan ni sangat lawa terutamanya Duke Humfrey cumanya tak boleh tangkap gambar. Banyak scene Harry Porter kat Oxford ni. 

9. Sebabkan dulu sekolah di Victoria Institution, personally amat meminati architecture/seni lama sebenarnya, macam castle, tower, lepas tu ada era pulak, Victorian era, Gothic. Tengok logo Harry Potter pun dah lawa. Bukan menyanjung Barat, tapi quality diorang dalam binaan harus dicontohi. Tengok clock tower Kasr El Ainy sendiri, kan lawa. 

Divinity School.

10. Divinity School ni dulu ajar Theology. nampak tak ada St Mary kat tengah tu? Menurut tour guide, tu menunjukkan agama memegang universiti. Agak religious jugak sebenarnya mat saleh dulu-dulu. Banyak berunsur ketuhanan dan moto diorang pun 'Dominus illuminatio mea' - The Lord is my light.

11. Time kat Oxford/London tu rezeki pulak sunny tak hujan so agak best. Balik London balik. Makan kat Laksa King time tu la kenal Hannah Rafiq dengan Husna tu jumpa kawan lama, Best la harini.

Hannah Rafiq, Amiera, Husna, Farah, Duang.
Sebelum tu pergi Oxford University.

Harry Pottah!

Edinburgh (Sebut dia macam Edinborough rupanya)

8. Dari London ke Edin naik Ryanair. Best la Edin lawa gila. Kalau ditanya nak pergi mana lagi, jawapannya Edin. Bangunan lama, bukit-bukit. Tradisi tattoo bagpipe emblem dia lagi. Memang jatuh hati betullah dengan Scotland. Ya, tattoo. Dulu kat sekolah pun ada tattoo, macam ni jugak. Scotland the Brave masih terngiang everytime ada vip datang sekolah.

9. Sehari je kat Edin, lepas tu ke Brussels by Ryanair. Edin ni beli sebab ingat nak ke Dublin, tapi member dah habis study pulak bulan 10 pulak so sehari je kat Edin decide je Brussels. Takda apa sangat Brussels ni, boring sebab hujan. Royal Palace ni je ada marching tapi gerimis so kamera pun berwap, Sebab sehari, tak pergi pun atomic tu haha.

Royal Palace. Ni dari kamera yang lain phone.

10. Dari Brussels ke Amsterdam naik Megabus 1 pound je. Sampai Amsterdam malam terus naik tren ke Steenwijk. Steenwijk ni area National Park of Netherlands dia jauh dan mahal tapi amat cantik dalam tren pun ada wifi tak bosan. Lepas tu dari Steenwijk nak ke Giethoorn agak jauh kalau malam lebih pukul 6pm bas takda, nasib baik kitorang owner farmhouse tu yang ambik naik kereta.

11. Untuk Giethoorn, kitorang tinggal dekat De Opkikker, sangat recommended. Steenwijk kawasan besar, tempat ni dekat Smalleweg. Giethoorn Zwolle Meppel semua tu dalam Steenwijk.

De Opkikker.

12. Dari farmhouse nak ke Giethoorn kitorang sewa basikal Carmen. Ya Allah cantik gila tempat ni. Rezeki time tu tak hujan & ada matahari masa winter macam dalam gambar so Carmen cakap 'you are so lucky we didn't expect to have a sun'.

20 minit jugaklah naik basikal ke Giethoorn.

Rumah sebelah Opkikker.


Venice of the North katanya.

13. Lepas habis Steenwijk, ke Amsterdam balik. Best jugak Amsterdam ni tapi takda apa nak buat sangat. Tak masuk redlight sangat sikit je balik area hostel ClinkNoord (best gila hostel ni) cari makanan. *ana tak sanggup.

Tulipz.

14. Sebabkan Amsterdam tak banyak benda, esoknya pergi Castle de Haar dekat Utrecht > Vleuten. Castle ni panjang sejarah dia dan di restored balik oleh sangkut paut Rothschild family. Bila sebut pasal Rothschild ni panjang pulak illuminati, yahudi, the banker. Jenuh nak habis nanti.

15. Tapi, dalam istana ni tak boleh ambik gambar. Cuma ada la Star of David tu semua. Overall, luaran dengan taman Castle ni memang lawa. Tapi, interior Versailles tetap number satu.

De Haar Kaastle.




Poyo siak.

16. Amsterdam ke Liverpool by Easyjet. Tengok bola kat Anfield terus pokai. Haha. Kalau tak tengok nak lepak mana pulak bukan sokong Liverpool pun. Arsenal punya stadium pun tak pergi tapi layan jela tengok Liverpool vs Sunderland.

17. Tren dari Liverpool to Manchester, Kitorang book kat Homestay Abg Wan & Kak Wani kat sini. Baik la, best sebab orang Melayu, stay pun malam tu je. Cuma, tempat ni agak jauh dari center, dekat dengan university. So agak susah nak pergi dari Piccadily kena call last-last naik teksi.

18. Abang Wan ni imam sebenarnya, kat Masjid Taqwa TTDI, belajar Zagaziq dulu, tapi cuti teman isteri dia kat Manchester sebab isteri dia buat Phd under UIA. Pagi tu, dengan kereta Audi disewa oleh Abang Wan, dapat free ride ke center.

19. Jalan banyak tutup sebab Chinese New Year banyak la mercun kat jalan. Petang tu terus ke airport nasib baik sampai. Manchester ke Budapest by Ryanair.. Shopping habis kat Manchester ni.

20. Budapest. Dah mula penat time ni. Hostel memang best internet dia 20mb 3 saat je. Tapi tak sebest Giethoorn maybe threshold dah naik nak ikutkan lawa je Budapest. Kebab dekat Metro Arany Janos terbaik setakat ni. Patut try kebab Turki pun kalah.

21. Budapest ke Istanbul by Wizzair, dari Istanbul terus ke Kayseri (Cappadocia) by Pegasus.

22. Cappadocia ada dua airport, Nevshehir atau Kayseri. Nevsehir dekat lagi. Best Cappadocia ni, cuma sekejap sangat.

Jangan beli apa-apa masa tour. Semua tu marked up prices. Beli kat Istanbul je murah. Cakap ni sebab dah kena. Benda 50 Lira kena 140 masa Museum Tour.

23. Istanbul, sebab dah nampak lawanya Istanbul masa summer (still lawa masa winter) so tak excited sangat. Lagipun Istanbul tengah inflasi tinggi masa sampai tu. Harga jagung pun contohnya dah naik. Beli surat khabar masa kat Galata Tower, inflasi Turki 9.58%. Kebanyakannya menyebabkan harga komoditi mahal.

24. Shopping seperti biasa Istanbul best, jangan beli kat Grand Bazaar mahal ada yang murah satu kedai je jumpa masa summer haritu, dah tak jumpa dah sebab banyak sangat pintu.


TIPS

1. You'll always learn something new when you travel, jadi readykan minda. 
2. Study maps dan powerbank amat perlu.
3. Banyak sangat flight ni penat jugak.
4. Kena banyak tengok weather forecast time winter, takut hujan. Payung sudah mesti.
5. Kena try Balik Ekmek dekat Istanbul, sedap. Tak semestinya dekat Eminonu.
6. Crepe choc patut try kat mana-mana anda berada ketika winter, pasti tak mengecewakan.
7. Hantar poskad dalam envelope, insyaAllah sampai. Kalau tak balut, ada possibility kena rembat. Aku punya berapa banyak tak sampai Vatican, Rome, Venice, Copenhagen semua burn. Tak balut pun insyAllah sampai je cuma depot Klang ni problem sikit.
8. Kena belajar selfie.
9. Timing. Tukar jarum jam.
8. Dapatkan number crush anda otherwise pulang dengan hampa tangan kosong (jika ada).
10. Tunduk sikit kot kat Turki, lawa sangat. HAHA.

Throwback. Lagi satu blog ni cloudstore. Cukuplah dulu komputer kena ransomware, menangis.

Gambar turki ni pun kat pc rumah.

Result dah keluar.

Bismillahirrahmanirrahim.
I didn't talk much recently. Jadi nak tulis.

Alhamdulillah ala kulli hal.
Okay.

Wiki sini deh.

Nak cerita pengalaman, di rumah kawan di Madrid, ada coffee maker, Nespresso jenama dia. Waktu dekat rumah kawan, dia ada tunjuk.

Sebab dia tinggal berdua dengan adik dia, jadi dia kata dia benda ni tak terlalu mahal. Dia kata Nespresso dekat Mesir pun ada, tapi mahal sikit. Memandangkan dia ada mesin ni, jadinya Starbucks dekat bawah apartment dia dia tak pernah jejak. Pada mata kebanyakan rakyat Sepanyol Starbucks merupakan suatu pembaziran.

Dia kata kalau dia nak minum dekat luar dekat satu kedai nama Jamaica(ni sedap), atau mana-mana kedai lain. Mungkin disebabkan kedai yang ada coffee grinder bersepah di sana, jadi Starbucks bukanlah suatu pilihan. Kawan-kawan dia pun sama.



Sekadar perbandingan, ni bukti sahih, sebab dah guna apps Toshl ni sejak tahun 2011 Fustat. Jadi setiap perbelanjaan dicatat, dan export file bila akhir bulan nak audit. Ni printscreen:


Harga jenis sama untuk kopi Starbucks adalah 1.95 Euro. Ni tak masuk dalam printscreen sebab dekat bawah.

  • Kedai kopi Granada (RM 4.94)
  • Kedai kopi Madrid (RM 5.75)
  • Kedai depan stadium (RM 6.06)
  • Dulu kerja Dunkin Donut (RM 7.00)
  • Kopi airport Barca (RM 7.61)
  • Kopi Starbucks (RM 8.76)

Okay, semua harga ni dah masuk tax, oz yang sama. Hakikatnya semua mahal. Dulu masa kerja dekat Dunkin, takda orang pun beli air kopi. Paling paling Ice Coffee(dia tak kaw macam kopi, ais je banyak). Yang ais-ais belaka je pun kalau nak beli. Mungkin dulu takda Instagram, BR1M pun belum wujud, Twitter tak ramai follower dan berbagai sebab lain. Mungkin juga buat kopi O dekat rumah cicah biskut lebih berbaloi. Ya, memang berbaloi, lagi bagus kalau buat untuk mak abah minum petang. Pahala.

Tapi tak kisah dulu atau kini, kalau mamak jual Milo ais RM 4.00, mesti orang kita dah maki. Orang kita.

Nak cerita ni sebenarnya, nak cerita, saya beli coffee maker. Sebab tak pernah jumpa benda ni dekat tempat lain.

Sebagai orang kampung, maka saya kagum. First guna masa dekat Rome, kami duduk apartment harga hostel, sebab lima orang kan. Bagusnya pergi ramai ni dapat duduk apartment, dapat masak, dah jimat.

Second guna dekat Venice, apartment jugak. Jadi nekad nak beli masa dekat Venice, mahal, tak jadi, beli dekat Florence. Sangat kreatif. Patutlah tuan rumah dekat Rome ajar macam mana nak guna.

Tulah pengalaman nak kongsi. Nak kongsi ilmu tak ada. Jadi dengan pengalaman yang sikit ni nak kongsi dengan harapan mendapat manfaat.

#Travel tips kali ni:
- Be flexible, try to be punctual. Mudahkan jangan menyusahkan. Bukan trip kita sorang. Note to myself jugak.
- Dekat Rome tak payah beli tiket train/bus/tram, dia tak check.
- Kurangkan tidur, enjoy your trip on the train/flight etc. Satu untuk safety, satu lagi pemandangan dalam train intercity Italy memang cantik. Kita tak tahu bila lagi ada peluang nak pergi.
- Overnight train is dangerous, kalau boleh elakkan. Kalau nak pergi Venice from Rome better singgah Naples, then ambil Easyjet. Harga sama.
- Buat sikit research. Learn basic words. Tahu basic French, basic Spanish, boleh cakap Italy insyaAllah.
- Be prepared for winter, waterproof shoes, heavy jacket. Ada payung lagi nice, kadang-kadang gerimis. Kalau tak prepare kena spend untuk air bagi panaskan badan.
- Denmark cantik, best, shopping agak murah. Tu je, yang lain semua mahal, transport especially.
- Duit emergency, ada debit kad lagi bagus, boleh beli tiket flight kalau dah terlepas. Make sure dah activate, bukan default limit.
- Florence sangat cantik. Tuscany cantik senang cerita. Bologna cantik. Bukit hijau rumput, sungai-sungai kecil, biri-biri, old town dan sangat nice. Naik train siang malam tak nampak.
- Venice sangat cantik, tapi semua dekat Venice mahal. Gondola yang Yuna naik dalam Terukir di Bintang 20 minit 80 Euro, kalau naik ramai-ramai berbaloi. Kot.
- Hantar poskad, saya buat setiap city, sebab suka. Bagi mak abah, spread the love. Dah tua boleh tengok.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


#Day13.
'Welcome to Egypt! With Vodafone internet is just 1LE for 3MB!'
A day later..kriuk kriuk....
...pum pang....3 days later..
...zzzzz.....
......result keluar.
Jangan pernah menyesal, dah cuba. Dah cuba yang baik cuma belum cukup terbaik, makanya usaha lagi.


#Day12.
Hey Tuscany, I like you.

Tuscany



Rumah.

Nak pindah ke tak. Ke camana. Pening.

Rumah atas ni kat Kuala Selangor. Tempat kat Selangor ni takda yang menarik sangat. Tapi kalau dah takda sangat tempat tu, maka saya ada beberapa cadangan area Klang. Cadangan ni valid hanya apabila anda bosan tengok wayang, main boling serta faktor-faktor lain yang membosankan.

1. Bukit Melawati. Dekat sini ada menara api, monyet dan keretapi pusing atas bukit. Sesuai bagi pencinta sejarah.
2. Cendol Bakar. Jangan tertipu lah cendol Bakar ni nama orangnya, Cendol tu tetap ais. Tapi sedap lah jugak cendol dia ada cendol durian. Boleh refill FOC.
3. Istana Jugra. Ada masjid sebelah dia. Lawa.
4. Pantai Remis. Pantai ni orang buat lepak je ambil angin. Banyak terhakis dah pun. Kalau rasa jauh nak main layang-layang dekat Selayang, main dekat sini pun okay. Rasa nak belanja mak abah nuget goreng hotdog goreng, tempat ni digalakkan. Rasa banyak bajet sikit, ajaklah mak abah makan medan ikan bakar, depan sikit dari Pantai Remis.

Photos of D5100 with a basic lens 18-55mm nikkor. Minor edit by using PS5.

Just started using it for the past few months, any comments are welcomed.



Gran Via, Madrid.

Mercado de San Miguel, Madrid.

Les Invalides, Paris.

Alhambra, Granada.

Barcelona Metro.

Sacromonte, Granada.

Grand Trianon, Paris.


Retiro Park, Madrid.




Assalamualaikum, bertemu lagi dalam rancangan Destinasi Bajet. Masih bersama hos anda, Raff, kali ini dengan kisah segar ke benua Eropah. Jom!

Apa tempat menarik di Madrid? Tempat menarik di Barcelona? Tempat best kat Paris? Macam mana naik pergi Barcelona dari Madrid? Semuanya saya akan kongsikan, harap membantu!

Preparation : Duit, Passport, E-ticket number, map tren boleh download (here & here), basic Spanish, ketip kuku. Hostel boleh lah dibook di hostelworld/hostelbookers then boleh jugak buat coachsurfing.



DAY 1 - 24/1/13

1. "Percaya, kata janjimu ~" Alarm fon berbunyi. Setanggi Syurga wa cakap lu. 

Pagi, pukul 4.00 am. Flight pukul 9.00am. Tiket ke Madrid telah dibeli 6 bulan awal, iaitu bulan May 2012. Pada awalnya adalah tiket Iberia, namun atas masalah teknikal, Iberia batalkan flight untuk tarikh ni, mereka ganti 27/1/13, den tak nak, maka mereka gantikan dengan Egypt Air. Nasihat den, jauhilah flight operator dari negara yang dalam krisis seperti Sepanyol (Iberia) dan Itali (Alitalia), kerana mereka tengah rugi banyak flight yang dibatalkan. Dah beli, perlu semak tiket anda.


2. Check balik checklist. Duit dah bawa.

Duit Euro den telah ditukar juga 6 bulan lebih awal, kerana pada tu nilai Euro amat rendah 7.54LE bagi setiap Euro, berbanding kini 8.93LE bagi setiap Euro. Sebab den tukar awal, den terbaca bahawa Greece nak keluar EU bulan Januari, maka forecast waktu tu matawang Euro akan naik. Memang dah naik pun. Cuma Greece tak pun keluar EU.

Duit tukar di Mesir, kalau tukar dekat sana, interest tinggi.


3. Bapak bosan flight dia. 

Sampai 2.53pm. Call kawan den ke rumah beliau. Metro di sini sangat efisien. Sama macam LRT Malaysia. Beli tiket by mesin je. Biasanya ada 3 bahasa English, Spanish & Francais. Tumpang rumah kawan den tu, Beatriz namanya yang terletak di Calle de Princesa yang bersambung dengan Gran Via. Rumah dia amat dekat dengan Plaza Espana. Setibanya kami dijamu pizza, kemudian jalan sekitar Gran Via. Tumpang luggage kat rumah dia, malamnya kami bergerak ke Metro Avda de America untuk ke Barcelona. Segala harga tiket dan pembelian boleh rujuk sini.


Gran Via.

Bas ke Barcelona tiket oleh Alsa dan bas dikendalikan oleh Alsa.


----------------------------------------------

DAY 2 - 25/1/13

4. Perjalanan ke Barcelona mengambil masa 8 jam.

Okay sebelum sampai ke Barcelona dia akan stop kejap dekat Zaragoza, kemudian dua stop R & R kemudian ke Barcelona Sant, dan kemudian ke Barcelona Nord. Jangan tersilap ya. Gambar dah terdeleteee.

5. Hostel pilihan kami adalah Sute Hostal, hostel yang paling murah dalam Hostelworld untuk Barcelona.

Secara keseluruhannya okay, receptionist dia cun and amat friendly, cuma tandas dia agak susah sikit kena share. Tapi ada je Malaysian duduk situ before kami perempuan.

Kemudian sarapan kejap. Makanan di Barcelona ni murah, lagi murah sebenarnya kalau barang runcit dia dari bandar lain. Den makan roti Croissant (boleh makan sampai 5) dengan cafe con leche untuk 1.9 €. Satu angka yang murah sebenarnya dekat sini. 

6. Hostel ni yang bestnya dekat dengan shopping mall, La Maquinista. 

Bilik kami duduk dengan lelaki Macedonia. Dia kerja reporter ada handball tournament dekat San Jordi. Bila den tengok surat khabar memang ada benda tu. Negara yang power handball je agaknya.

Okay jom cerita pasal Metro. Metro Barcelona ni kita akan banyak guna. Tak tahulah jugak maybe sebab den duduk Barcelona untuk 5 hari 4 malam. 3 malam dekat hostel satu malam dekat airport. 

Okay metro dia 3 dies (tres dies) berharga 19.20 €. For Barcelona Metro the price for 3 days unlimited is 19.20 Euros. The best solution for tourist. Valid for TMB, bus, FGC, Tram & Rodalies. Rasanya sangat berbaloi sebab kalau tengok dekat gambar bawah ni, dari kiri kita boleh naik metro, bas, FGC, tram and rodalies.  Den naik 3 daripada semua ni iaitu Metro, Bus & Tram.
Kalau one way je dah 2 Euro.

Harga metro ni tengok web dia dah okay, cuma kalau plan dapatlah rangka bajet tu kan. Dan setiap tahun dia akan update harga. Den plan tahun lepas (2012) harga transport masih murah dalam 40 sen one way.


7. Barcelona city yang amat tenang, bersih. 

Cuma bau arak tu ada di mana-mana. City paling tenang secara panoramanya. Kalau lampu isyarat merah, memang takdalah kereta nak jalan even takda orang. Then, wifi ada di mana-mana! Barcelona City Wifi. hahaha 

Okay now ke Arc de Triomph, sebelahnya Parc de la Ciutadella, lepas tu ke Parc Guell dan Sagrada Familia. Metro unlimited beb, guna je.


Arc de Triomph



----------------------------------------------

DAY 3 - 26/1/13

8. Pergi ke La Rambla, Plaza Catalunya. 

Orang kata Barcelona ni bahaya banyak pickpockets. So jaga-jaga dengan barangan anda. Den pakai bengkung kat perut lepas tu dia ada zip, so den simpan duit dekat situ, kat wallet bawa sikit je. Habis duit masuk toilet keluarkan lagi. Bengkung tu pun Bea yang punya. 

Tapi, bila dekat Barca Alhamdulillah semuanya selamat and rasa terjaga. Policia pun ready je kat mana-mana.


9. Passieg de Gracia, Gothic Quarter, Montjuic. 

Nak ke Montjuic tu naik Metro (Station Parallel) boleh bas pun boleh. Bas ambil dekat Plaza Catalunya nombor tak ingat. Tu boleh research sendiri kot.

Lepas tu keluar lagi ke La Maquinista jalan-jalan. Ni lah shopping mall yang paling padat pernah den masuk. Nak masuk pun kena beratur. Oh kita tahu kan jenama Zara, Bershka, Pull And Bear tu semua milik Ortega so brand ni banyak gila satu jalan boleh ada 3 store dan tiga empat tingkat satu store. 

Baju boleh dapat semurah 3 Euro satu baju. El Corte Ingles pun murah jugak. 

Tapi, den tak shopping baju satu apa pun sepanjang trip ni.





----------------------------------------------

DAY 4 - 27/1/13

10. Harini kami ke Nou Camp!

Waktu nak ke Stadium tu, nampak bas Osasuna. Gambarnya ada dekat Instagram den.
Nak masuk FCB Museu tutup, sebab ada training session pukul 11.15am.

Harini banyak dihabiskan dalam tram, naik tram sampai hujung lepas tu naik metro pulak. Lebam lah jugak punggung. Dah boleh hafal dah metro tu punya line dan announcement.

Kalau tram dia akan bunyi - "Destinacio llevant", metro - "Proxima Estacio".

Dah tak tahu nak buat apa sangat. Makan kebab lagi petang tu.

Gate 9, Camp Nou.



----------------------------------------------

DAY 5 - 28/1/13

11. Checkout lepas tu naik Renfe ke airport. Train dalam Spanish dipanggil Cercanias. Renfe tu company je. Sekarang Renfe berbangga dengan kewujudan 100 stesen, ketepatan 98%, dan mempunyai koc yang paling baru dan selamat di Eropah. (ini tengok video masa dalam train ke Escorial).

Sampai airport pukul 12. Hazazi & Kimi nak keluar ke Center dan cari hostel. Then, den tak nak. Maka, kami berpecah. Den sorang, diorang dua orang. Den malas nak pergi balik center tiket dah 10 Euro, hostel lagi. Nak pusing Barcelona pun bosan.

Den bosan, den pergi Terminal 1. Easyjet den Terminal 2C. Nasib baik ada shuttle free. dapat lah tawaf airport beberapa kali. 

Terminal 1 untuk flight yang mahal je. Terminal 2A tutup. 2B Ryanair, AirEuropa. 2C Easyjet sahaja.


Catalonia ni wilayah autonomi ada kuasa memerintah sendiri. Juga wilayah yang takda masalah kewangan berbanding wilayah lain. Diorang nak keluar dari Sepanyol haritu. Dan Barca guna Catalan.


Pejam celik dah malam. Tapi tak bosan sangat sebab den baca surat khabar Sepanyol. Ada orang tinggalkan.

Satu surat khabar 1 Euro. Sebelum tu jumpa budak Jordan Universiti Mu'tah. Diorang tertinggal flight Ryanair, so nak beli flight baru 70 Euros, sama dengan harga Cercanias. Diorang duduk tak jauh dari den.

Tengah den baca paper tu, ada seorang perempuan, tinggi, berkaca mata, den yang duduk betul-betul depan khidmat OKU Sin Barreras ni tengok jelah. Ekceli den pilih spot Sin Barreras ni sebab dia ada 2 CCTV so selamat lah sikit den rasa. Dia tanya minah baju kuning.

Tak lama kemudian datang bapak dia dengan kerusi roda, maka dengan kedatangan tersebut bermulalah drama Sepanyol. Ini barulah feel. 

Minah tu cun jugak, bapak dia tu zaman muda tu macam hensem jugak. Tapi sekarang dah lumpuh separuh badan. Makin lama diorang cakap makin kuat. Berjujuran air mata mengalir membasahi pipi sang puteri.

Den tak paham lagi. Tapi den expect bapak dia tu hilang lah.


12. Malam masih panjang, baru pukul 10, den beli lagi cafe con leche. Ini dah masuk yang ketiga. Lepas tu kan orang tu salah kira, den bagi 5 euros, cafe tu 1.65 Euros, dia bagi den 5 Euros +  3.35 Euros.

Nak ambik ke tak? 'Mestilah ambik!', kata syaitan.

Lalu den pun pulangkan balik minum terus tidur. Den tidur, sebelah den couple, depan den minah salleh dua orang, belakang den budak Jordan tadi.


13. Best tidur airport ni, sebab nanti ada Policia akan tanya mana booking segala lepastu dia akan tutup pintu. Sebab last flight pukul 12am. First time tidur ada polis jaga.





----------------------------------------------

DAY 6 - 29/1/13

14.  0750 Barcelona El Prat. 1000 Paris Charles De Gaulle. Bonjour! Merci! 


Cuaca di Paris lembab dan hujan, pada masa den di sana. Pakai kasut yang sesuai, kalis air lebih bagus. Rancang perjalanan berdasarkan cuaca.

Hostel kami sebenarnya amat strategik, dekat dengan Gare Du Nord. Airport transfer(AT) dekat Paris ni amat mahal. 9.50 Euros one way.

Dekat airport tu den beli tiket AT, metro 10 kali, dengan Chateau Versailles sebab Versailles ni dekat hujung, bukan zone 1(Paris). Total 29.50 Euros.

14. Harini pergi Notre Dame, masuk dalam tu. Rasa lain macam je den. Nak kata lawa tak sangat dia kat tengah tempat berkumpul, tepi tu jalan pusing lepas tu jalan keluar. Sepanjang jalan pusing tu adalah patung-patung lilin dan segala. Jumpa orang Malaysia kat Notre Dame ni.

15. Jalan pusing sikit, makan. Malam tu jumpa Amiza & Farahin. Hostel kami satu jalan je. dia nombor 29 kami 73. Oh kami duduk di Vintage Hostel. Sarapan disediakan.

Zahari & Pecal kesian cari hostel kami dua kali tak jumpa. Nak call pakai Voip wifi Vintage macam siput je. 


----------------------------------------------

DAY 7 - 30/1/13

16. Versailles wasn't built in a day.

Tempat paling menarik best dekat Paris Versailles Palace!


Ticket costs 3.35 Euros from Gare Du Nord, RER yellow line.

Jangan salah ambil train ke Versailles. Dia line kuning kena tengok dekat signboard train tu Chateau de Versailles. Train dia pun pendek je. Cuma, dua tren ke destinasi berbeza lalu stesen sama. Dan, kena gerak pagi ya.

Masa nak ke metro tu jumpa Zahari & Pecal tengah nak beli tiket. Jumpa pun. Diorang nak ke Disneyland.

Istana yang sangat gah. Lawa gila. Ini merupakan istana kedua yang den pernah lawat selepas Sri Menanti. Cuma dari segi keseraman Sri Menanti menang.




Versailles memang sangat cantik. Tiket masuk cuma 13 Euros untuk Versailles saja tapi kalau dengan Grand Trianon + Marie Antoinette tambah 5 Euros.  Tapi kami beli dekat ejen 19.5 Euros. Ejen tu depan metro betul. Beli dekat ejen je senang tak payah beratur.

Versailles sahaja dah sangat cantik. Nanti akan diberi Audio-guide, dan kita akan lalu 3D room. Dan dalam 3-D room tu kita akan tengok slide dan audio-guide tu akan auto play ikut bilik. 

Lepas tu ke Marie Antoinette & Grand Trianon. Garden Marie Antoinette amat lawa.


Garden

Makan Crepe dekat situ lapar sangat. Sebab dekat Paris yang mesti makan ialah crepe choc & macaron.



Balik singgah Eiffel kejap. Malamnya, singgah Moulin Rouge kejap.


Jangan lupa try macaron Laduree dekat Champs-Elysee's!



----------------------------------------------

DAY 8 - 31/1/13

16. Checkout. Musee Du Louvre aku datang!

  • Bosan. Mona Lisa pun kecil je. Harini tak best sangat. 
  • Petang tu kami bertiga pecah lagi lepas habis jalan La Fayette dan Palais Garnier. Kimi nak balik hostel den and Hazazi nak jalan. So decide nak pergi Pigalle tempat Moulin Rouge semalam ada banyak kebab.
  • Dalam tren tu den tanya perempuan ni dalam 30an mana Stade de France, lepas tu dia beriya pulak nak tunjuk. So, den dengan Hazazi pecah, dia ke Eiffel, den ke Stade de France. 
  • Baik gila makcik tu nama dia Brigitte. Orang France taklah sombong seperti disangka. Tahu tak, makcik tu siap tunjuk jalan ikut dia sekali dia bawa naik tren. 
  • Dalam tren tu, ada pakcik pulak tolong bawa sampai Stade De France. Stadium ni dekat zon 2 jadi kena naik speed train RER. 
  • Den sampai stadium pun dah tutup. Tapi den dapat experience baru. Orang Perancis baik dah ramah dalam serius. Diorang jalan laju. Kalau kat KL jalan laju, tapi tak cukup laju dengan orang Perancis.
  • Balik tu nak beli tiket train dah tutup, orang sini tutup kedai awal pukul 9 dah tutup even Carrefour.  Tiket T10 den tak cover Stade de France. Istilah Paris tu untuk Zone 1 sebenarnya. Jadi bila semua kaunter dah tutup, den dah blank tak tau nak balik macam mana. Mesin jual tiket pulak pakai syiling kedai terdekat nak pecah duit takda. Jadi den nekad masuk je takda tiket, naik RER to Paris. Sampai pun Gare Du Nord.


17. Dari Gare Du Nord tu, kami nak pergi airport tengok kaunter tiket semua dah tutup. 

Mesin jual tiket pulak nak duit syiling je (ini Paris sahaja). Apa ke bijak sangat. Nasib baik den ada kad. Baru ingat tak nak guna duit dalam tu. Mesin tiket di Paris & Spain ada untuk bankcard sama ada debit kad atau kredit card. Plus & Cirrus acceptable.

Pastikan anda membeli tiket awal sebab nanti tutup, kedai pukul 7 dah mula tutup.



----------------------------------------------

DAY 9 - 1/2/13

18. Malam tu tidur di CDG airport. Den tengah sedap guna tandas OKU cas fon boleh pulak polis dengan anjing buka pintu tu, nasib baik tak tengah buang air.


19. Sampai Madrid, makan bufet 9 Euros untuk apa je yang ada kat situ. Tak sedap sangat. Cuma banyak. Perut den dah mula sakit time ni. 

Semua penat, jadi harini rest.



----------------------------------------------

DAY 10 - 2/2/13

20. Rest. Pagi tu jalan Gran Via jumpa budak Jordan MEP batch kita contohnya Khairul Fadhli. 

Malamnya ambil bas ke Granada.



----------------------------------------------

DAY 11 - 3/2/13

21. Bas ke Granada pukul 1 dekat Avda De America. Tiket Alsa bas dikendalikan Alsa.

  • Kami sampai 0102 bas dah takda. Shit. Tanya orang kaunter dia kata pergi Mendez Alvaro (Estacion De Sur) sebab bas dari sini pukul 0130.
  • Nasib baik den lari, sempat lah tahan. Nasib baik jugak bas tu kena pusing baru keluar. Kami tahan, dia okay je cuma bising sikit bila nak buka bonet bawah tu. Den cakap lah perdon. Naik je bas baru pukul 0133. Haiya tension den.
  • Sampai Granada pukul 6.25am. Lalu disapa orang Malaysia, budak Jordan, JUST. Rupanya senior den Amar. Dia dengan den dua-dua ingat-ingat lupa je nama so perkenalkan diri balik masing-masing. Maklumlah, batch den je dah 280 orang inikan pulak senior. Kami cam muka je.
  • Kami gerak sama ke Gran Via, naik bas 3 or 33. Bus sini operasi mula pukul 7am. Sekali naik 1.20 Euros. 

Beli Credibus 10 Euro share 3 orang cukup untuk 3 hari jalan. Bas ke Sierra Nevada tak termasuk. Caj 2 Euro akan dikenakan untuk kad.
  • Ke Alhambra y Generalife.
  • Beli tiket balik ke Madrid, sebab kami tak beli tiket return ingat nak pergi Cordova tapi tak jadi.
  • Malam makan Shawarma King & Kabab King. Dua kedai ni bertentangan je diakhir Albaycin.
  • Gran Via --> Albaycin --> Sacromonte --> Estacion Autobus --> Gran Via. Jadi dia macam bulatan je.

----------------------------------------------

DAY 12 - 4/2/13

22. Pagi ni ke Sierra Nevada. Tiket one way 5 Euro return 9.12 Euros. Perjalanan lebih kurang sejam dan cantik sepanjang perjalanan.


  • Sarapan air coke beli kebab semalam, den ke Sierra Nevada duduk sebelah minah salleh berkuku ungu. 
  • Naik teleferic 16.90 Euros.
  • Balik tu beli souvenir untuk parents, keychain and t-shirt. Kalau nak beli souvenir, elok beli dekat Granada, murah. Keychain Toledo, Segovia, Madrid kecuali Barcelona semua boleh cari dekat sini harganya half dari Barcelona dan Madrid yang biasanya satu 3.50 Euros bagi setiap keychain.
  • Perfume pun lagi banyak murah dekat Granada. Baju rasanya sama je semua tempat ada sale. Ulangi, SALE!!!
  • Kalau nak cari barang souvenir, cari kedai nama Medina. T-shirt cari sebelah gereja besar situ lawa printing dia. Area ni semua dekat Alcaiceria. Tapi, hati-hati dengan makcik yang bagi bunga. Jangan ambik.


----------------------------------------------

DAY 13 - 5/2/13

23. Ke Alcaiceria. Kemudian ke Sacromonte. Lawa.

Malamnya, balik ke Madrid.

Granada ni tak boleh tulis panjang-panjang. Sebab dia bandar romantik. Nak tahu kena pergi sendiri, kalau dah kahwin lagi bagus. It is a city of love..bukannya Paris. Paris as a whole overrated tapi tempat untuk melawat memang superb.



----------------------------------------------

DAY 14 - 6/2/13

24. Pergi ke El Escorial, dekat dengan Segovia, sepatutnya ambil masa 1 jam 30 minit dari Madrid dengan Cercanias. Perjalanan ke Escorial ni cantik, nanti akan lalu anak-anak sungai.


  • Cuaca sangat sejuk. Maksimum 8 Celcius sebab kawasan ni kampung dan agak menggunung, dekat dengan kawasan ski, dan Escorial tu memang atas bukit. Ada macam hujan ais dekat sini. Angin dia pun menyebabkan badan den melayang. Tak banyak gambar yang dapat diambil. Kuat sangat angin.
  • Di sini, kami pecah lagi. Kami ambil 2 jam 30 minit nak sampai sebab tah camana boleh tersalah tren. 
  • Dah sampai, kena tunggu bas pulak ke Escorial naik bukit dalam 1 km. Hazazi & Kimi nak balik. Den stay. Masuk Escorial 10 Euros. Bas naik ke Escorial 1.30 Euro.
  • Nak compare dengan Versailles memang kalah Versailles menang. Tapi dalam Escorial ni ada satu kubur yang amat grand. Namanya Pantheon de Reyes atau maksudnya The Royal Cemetry lah kot lebih kurang. Kubur ni underground, turun tangga, ada satu bulatan, ada satu chandelier besar dikelilingi 26 kubur. Dan penggunaan emas amat banyak dalam ni. 
  • Kemudian selepasnya ada satu lagi kubur Pantheon de Infantes. Ia ada 9 bilik kubur. dan pada bilik ke-9 ada satu macam menara kecil dibuat dari marmar dari Carrara(den pun tak tahu). Semua ni kubur ya. Den pun takut-takut berani je masuk.
  • Kalau kita tengok tarikhnya dalam tu kebanyakan kurun ke-16. Melaka jatuh pun 1511. Den yakin Melaka ada istana lagi superpower dari Escorial mahupun Versailles. Cuma binaan dah banyak yang dimusnahkan.


Harini ke Palacio Real, Suicide Bridge, Retiro Park.




----------------------------------------------


DAY 15 - 7/2/13

25. Harini dimulakan dengan acara mencuci baju.

  • Den pun tak tahu mana nak cuci pada mulanya lepas tu den google. Sejam jugak lah nak cari sebab tak jumpa. Dekat Gran Via, stesen Callao. Landmark dia Iglesia de San Martin, Calle Estrella.

  • Laundry in Madrid, Calle Estrella, near Callao metro station and Church of San Martin.

  • Kemudian den beli KFC, ada burger semurah 1 Euro (paling murah dekat Madrid). Den makan set 5 Euro, dapat ayam, jagung, buku nota, air lemon, den tambah burger satu.
  • Lepas tu den makan dekat Plaza Espana. Pecah lagi waktu ni. Hazazi makan dekat Temple of Debod. Tengah makan dapat Redbull free. Rezeki Alhamdulillah.
  • Minah tu bagi siap buka lagi penutup tin tu. Wuish. Gracias.


----------------------------------------------

DAY 16 - 8/2/13


26. Pagi ni ke Santiago Bernabeu. Den sorang je yang minat bola jadi den sorang je pergi.


Tengah sorang tu, tiba-tiba ada orang tegur. Mamat ni mintak tangkap gambar. Borak-borak jadi member. Orang Jerman. Dia pun sorang jugak jadi kami berdua sepanjang tour Bernabeu tu. Then dapat lagi sorang budak Libya. Petang tu makan arroz marinedo (perlu try ini sedap!)


----------------------------------------------

DAY 17 - 9/2/13

27. Toledo. Penat den menaip non-stop ni. 

  • Sebelum tu makan churros y porras de San Gines, Calle Mayor, Madrid. Sedap. 
  • Macam cakoi. Makan dengan Bea, Antonio & Teresa. Kedai ni terkenal Naomi Campbell, Maradona, yang nyanyi lagu 'Hey Macarena', Carles Puyol dan ramai lagi pernah singgah dan gambar diorang dilekat dekat dinding kedai. Harga pun tak mahal sangat sorang 4.4 Euros. Harga Starbucks Chocolate con Avellana 4.25 Euros. Lagi mahal. (Kalau cakoi kat Malaysia 12 ringgit den tak beli hahaha).
  • Toledo ni bawah Madrid sejam perjalanan dekat dengan Palacio Aranjuez dekat dengan area Castilla-La Mancha. Perjalanan ke Toledo ni banyak kilang macam kawasan industri. Antara kilang yang dapat perhatian den ialah kilang Airbus Military dengan EADS.
  • Lawa. Makan paella arroz negro. Kat sini terkenal dengan pembuatan besi perang macam pedang jadi den belikan akak den satu rantai 10 Euro.


----------------------------------------------

DAY 18 - 10/2/13


28. Balik ke Cairo.


----------------------------------------------

  • Maka berakhirlah episod kali ini.
  • Anda perlu untuk pergi merasai sendiri.
  • Setiap perjalanan ada manfaatnya, moga yang baik dapat dikongsi bersama.

Berbekalkan 800 Euro, tunggu apa lagi? jom kita melancong!



author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.