22 May 2014

Senyum



Budak-budak kalau senyum akan sepenuh hati, dan sampai ke hati.

Lepas SPM apply 4, Axiata, JPA, Petronas, dengan Khazanah.

Interview JPA tu tak prepare sangat pun. Cuma prepare beli blazer je satu waktu off-day beberapa hari sebelum. Esok nak interview harini masih kerja tak boleh cuti. Syif petang habis malam. Sampai rumah search google sikit apa yang patut, baru nak cari universiti apa yang nak masuk, petik je lah universiti apa pun yang jumpa.

Interview Khazanah tu prepare jugaklah sikit, malam sebelum interview tu tanya member yang dapat scholar Khazanah macam mana.

Sebelum dapat interview tu dia ada buat phone interview, ingat lagi waktu tu tengah kerja, dia tanya pasal result, borak-sikit sikit. Tak lama lepas tu buka emel dapat 1st stage interview.

Esoknya pergi. Ada 4 stage interview, pertama lebih kepada in paper IQ test, ada 5 bahagian ujian dalam masa yang singkat, antaranya math, susun sequence cartoon. 2nd stage baru interview betul, dengan bawa english essay minimum 1000 words tak silap. 3rd stage dia tak ingat apa, yang 4th, jumpa Board of Directors. Ditakdirkan tak lepas 1st stage, dapat JPA, yang lain-lain tu tak dapat interview pun.

So, kena belajar, kalau tak pelaburan JPA satu yang sia-sia.

Mengharapkan nikmat JPA ni dipermudah, doakan.

No comments:

Post a Comment

author
Rafi
Berlari ke langit. Mohon doa kalian.