Assalamualaikum & salam sejahtera. Diharapkan kita semua dalam lindunganNya.
Kali ni nak share pasal travel winter break sikit. Bukan sharing sangat la lebih kepada nak abdikan kenangan kat blog. Sebab apa? Sebab fobia ransomware (macam malware/virus) dulu kena hilang semua gambar dari first year. Sobs.
Travel 1.0 kat sini, travel 2.0 kat sini. Mesyi.
1. Alhamdulillah, dimurahkan rezeki untuk berjalan kembali. Ya, tahu ramai yang dah pernah pergi kot tempat yang aku pergi ni, dan ada yang dah pernah berjalan ke berbelas negara or lebih lagi.
2. Sebelum tu, semalam baru je habis round Public Health & ada presentation sikit. Present pasal sleep quality, boleh tahan la bosan round ni kalau tak kena present semalam tak baca pun rasanya.
3. Actually 2 minggu sebelum pergi cuti ni kena rompak. Kat Manial, mamat tu dua orang and ada pisau. Panjang cerita tapi part nak amik fon nasib baik sempat lari. So kad debit takda nak buat jalan, Alhamdulillah tiket hostel transport semua dah siap beli.
4. Sebabkan bajet tak besar, semua flight kitorang (pergi dengan Duang) yang budget flight (Easyjet/Ryanair/Wizz/Pegasus) balik Cairo je naik commercial flight. Total flight whole trip dalam $650.
5. Untuk London, beli kad transport dia siap-siap kat sini then hantar by post.
HIGHLIGHTS
6. First day jumpa member sekolah rendah, Amiera & Farah time SK Raja Muda dulu. Aku tak ingat sangat macam mana zaman sekolah rendah dulu tapi yang aku tau aku loser la haha.
7. Sebelum tu awal pagi lagi dah ke Oxford, dalam 7 pagi. Oxford University ni kan takda main campus, dia lebih kepada autonomous college bawah dia. Untuk Oxford ni, kitorang book tour, beli online kat sini dapat diskaun 4 pound dari harga tertera.
8. Kitorang ambil Bodleian Library (extended) tour, antara pergi Divinity School, Chancellor's Court, Radcliffe Camera. Bodleian Library ni besar jugak, sempena Thomas Bodley, seorang linguistik. Dalam pecahan bangunan ni sangat lawa terutamanya Duke Humfrey cumanya tak boleh tangkap gambar. Banyak scene Harry Porter kat Oxford ni.
9. Sebabkan dulu sekolah di Victoria Institution, personally amat meminati architecture/seni lama sebenarnya, macam castle, tower, lepas tu ada era pulak, Victorian era, Gothic. Tengok logo Harry Potter pun dah lawa. Bukan menyanjung Barat, tapi quality diorang dalam binaan harus dicontohi. Tengok clock tower Kasr El Ainy sendiri, kan lawa.
Divinity School. |
10. Divinity School ni dulu ajar Theology. nampak tak ada St Mary kat tengah tu? Menurut tour guide, tu menunjukkan agama memegang universiti. Agak religious jugak sebenarnya mat saleh dulu-dulu. Banyak berunsur ketuhanan dan moto diorang pun 'Dominus illuminatio mea' - The Lord is my light.
11. Time kat Oxford/London tu rezeki pulak sunny tak hujan so agak best. Balik London balik. Makan kat Laksa King time tu la kenal Hannah Rafiq dengan Husna tu jumpa kawan lama, Best la harini.
Hannah Rafiq, Amiera, Husna, Farah, Duang. |
Sebelum tu pergi Oxford University. |
Harry Pottah! |
Edinburgh (Sebut dia macam Edinborough rupanya) |
8. Dari London ke Edin naik Ryanair. Best la Edin lawa gila. Kalau ditanya nak pergi mana lagi, jawapannya Edin. Bangunan lama, bukit-bukit. Tradisi tattoo bagpipe emblem dia lagi. Memang jatuh hati betullah dengan Scotland. Ya, tattoo. Dulu kat sekolah pun ada tattoo, macam ni jugak. Scotland the Brave masih terngiang everytime ada vip datang sekolah.
9. Sehari je kat Edin, lepas tu ke Brussels by Ryanair. Edin ni beli sebab ingat nak ke Dublin, tapi member dah habis study pulak bulan 10 pulak so sehari je kat Edin decide je Brussels. Takda apa sangat Brussels ni, boring sebab hujan. Royal Palace ni je ada marching tapi gerimis so kamera pun berwap, Sebab sehari, tak pergi pun atomic tu haha.
Royal Palace. Ni dari kamera yang lain phone. |
10. Dari Brussels ke Amsterdam naik Megabus 1 pound je. Sampai Amsterdam malam terus naik tren ke Steenwijk. Steenwijk ni area National Park of Netherlands dia jauh dan mahal tapi amat cantik dalam tren pun ada wifi tak bosan. Lepas tu dari Steenwijk nak ke Giethoorn agak jauh kalau malam lebih pukul 6pm bas takda, nasib baik kitorang owner farmhouse tu yang ambik naik kereta.
11. Untuk Giethoorn, kitorang tinggal dekat De Opkikker, sangat recommended. Steenwijk kawasan besar, tempat ni dekat Smalleweg. Giethoorn Zwolle Meppel semua tu dalam Steenwijk.
De Opkikker. |
12. Dari farmhouse nak ke Giethoorn kitorang sewa basikal Carmen. Ya Allah cantik gila tempat ni. Rezeki time tu tak hujan & ada matahari masa winter macam dalam gambar so Carmen cakap 'you are so lucky we didn't expect to have a sun'.
20 minit jugaklah naik basikal ke Giethoorn. |
Rumah sebelah Opkikker. |
Venice of the North katanya. |
13. Lepas habis Steenwijk, ke Amsterdam balik. Best jugak Amsterdam ni tapi takda apa nak buat sangat. Tak masuk redlight sangat sikit je balik area hostel ClinkNoord (best gila hostel ni) cari makanan. *ana tak sanggup.
Tulipz. |
14. Sebabkan Amsterdam tak banyak benda, esoknya pergi Castle de Haar dekat Utrecht > Vleuten. Castle ni panjang sejarah dia dan di restored balik oleh sangkut paut Rothschild family. Bila sebut pasal Rothschild ni panjang pulak illuminati, yahudi, the banker. Jenuh nak habis nanti.
15. Tapi, dalam istana ni tak boleh ambik gambar. Cuma ada la Star of David tu semua. Overall, luaran dengan taman Castle ni memang lawa. Tapi, interior Versailles tetap number satu.
De Haar Kaastle. |
Poyo siak. |
16. Amsterdam ke Liverpool by Easyjet. Tengok bola kat Anfield terus pokai. Haha. Kalau tak tengok nak lepak mana pulak bukan sokong Liverpool pun. Arsenal punya stadium pun tak pergi tapi layan jela tengok Liverpool vs Sunderland.
17. Tren dari Liverpool to Manchester, Kitorang book kat Homestay Abg Wan & Kak Wani kat sini. Baik la, best sebab orang Melayu, stay pun malam tu je. Cuma, tempat ni agak jauh dari center, dekat dengan university. So agak susah nak pergi dari Piccadily kena call last-last naik teksi.
18. Abang Wan ni imam sebenarnya, kat Masjid Taqwa TTDI, belajar Zagaziq dulu, tapi cuti teman isteri dia kat Manchester sebab isteri dia buat Phd under UIA. Pagi tu, dengan kereta Audi disewa oleh Abang Wan, dapat free ride ke center.
19. Jalan banyak tutup sebab Chinese New Year banyak la mercun kat jalan. Petang tu terus ke airport nasib baik sampai. Manchester ke Budapest by Ryanair.. Shopping habis kat Manchester ni.
21. Budapest ke Istanbul by Wizzair, dari Istanbul terus ke Kayseri (Cappadocia) by Pegasus.
22. Cappadocia ada dua airport, Nevshehir atau Kayseri. Nevsehir dekat lagi. Best Cappadocia ni, cuma sekejap sangat.
Jangan beli apa-apa masa tour. Semua tu marked up prices. Beli kat Istanbul je murah. Cakap ni sebab dah kena. Benda 50 Lira kena 140 masa Museum Tour.
23. Istanbul, sebab dah nampak lawanya Istanbul masa summer (still lawa masa winter) so tak excited sangat. Lagipun Istanbul tengah inflasi tinggi masa sampai tu. Harga jagung pun contohnya dah naik. Beli surat khabar masa kat Galata Tower, inflasi Turki 9.58%. Kebanyakannya menyebabkan harga komoditi mahal.
24. Shopping seperti biasa Istanbul best, jangan beli kat Grand Bazaar mahal ada yang murah satu kedai je jumpa masa summer haritu, dah tak jumpa dah sebab banyak sangat pintu.
TIPS
1. You'll always learn something new when you travel, jadi readykan minda.
2. Study maps dan powerbank amat perlu.
3. Banyak sangat flight ni penat jugak.
4. Kena banyak tengok weather forecast time winter, takut hujan. Payung sudah mesti.
5. Kena try Balik Ekmek dekat Istanbul, sedap. Tak semestinya dekat Eminonu.
6. Crepe choc patut try kat mana-mana anda berada ketika winter, pasti tak mengecewakan.
7. Hantar poskad dalam envelope, insyaAllah sampai. Kalau tak balut, ada possibility kena rembat. Aku punya berapa banyak tak sampai Vatican, Rome, Venice, Copenhagen semua burn. Tak balut pun insyAllah sampai je cuma depot Klang ni problem sikit.
8. Kena belajar selfie.
9. Timing. Tukar jarum jam.
8. Dapatkan number crush anda otherwise pulang dengan hampa tangan kosong (jika ada).
10. Tunduk sikit kot kat Turki, lawa sangat. HAHA.
No comments:
Post a Comment